Kedudukan semasa AFC MA Ranking terutamanya untuk kumpulan Asia Timur mengalami sedikit perubahan lagi apabila Vietnam kini telah berjaya memintas kedudukan Australia dan kini menghuni ranking ke-7 Asia Timur.

Vietnam kini mengumpul keseluruhan 28.168 mata mengatasi Australia dengan kelebihan 0.396 mata selepas 2 kelab mereka berjaya mengutip mata dalam kejohanan AFC Cup 2020 beberapa hari yang lalu.

Australia yang 3 pasukan kelab mereka beraksi dalam saingan AFC Champions League musim ini, hanya mampu mencatatkan 1 kemenangan setakat ini (ada perlawanan yang terpaksa ditunda akibat COVID-19).

Screenshot 2020-02-27 at 10.56.36 AM

Selain itu, Filipina juga dilihat semakin mengukuhkan kedudukan mereka dalam ranking AFC MA Ranking apabila naik ke tempat 13 Asia mengutip 32.915 mata ketika ini mengatasi Jordan dan mereka semakin menghampiri kedudukan DPR Korea yang memungut 34.414 mata.

Thailand yang berada dikedudukan ke-4 Asia Timur pula, dilihat tidak mampu digugat oleh mana-mana MA dari Asia Timur kerana jurang perbezaan mata yang cukup besar dimana mereka kini telah mengumpul 58.369 mata.

Dengan kukuhnya kedudukan ini membolehkan mereka menerima 2 slot automatik peringkat kumpulan dan 2 slot kelayakan play-off saingan AFC Champions League 2021.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Ini Sebab Mengapa Liridon Krasniqi Tiada Dalam Skuad JDT Di AFC Champions League Kecuali..

AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur

AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia

Sumber