Kedudukan AFC MA ranking Filipina terus meningkat ke kedudukan 12 Asia mengatasi Tajikistan selepas kelab dari negara itu, Ceres Negros berjaya menundukkan Bali United dalam saingan AFC Cup 2020 semalam.

Walaupun kedudukan Filipina dalam kategori Asia Timur di tangga ke-6 tiada sebarang perubahan, namun peningkatan ini membolehkan mereka merapatkan jurang dengan DPR Korea dengan perbezaan 0.452 mata sahaja.

Berikut adalah kedudukan semasa AFC MA Ranking untuk 16 buah negara teratas.

Screenshot 2020-03-12 at 10.51.18 AM

Malaysia pula kini berada dikedudukan ke-19 Asia, namun masih berpeluang untuk melonjak berdasarkan keputusan pasukan JDT dalam saingan AFC Champions League 2020 dan kita mempunyai potensi untuk berada dikedudukan ke-15 sekurang-kurangnya.

Ketika ini diperhatikan agak sukar untuk pasukan-pasukan memecah masuk ke kedudukan Top 10 kerana perbezaan yang agak besar, namun jurang perbezaan semakin mengecil dan mungkin kita dapat menyaksikan perubahan dalam Top 10 AFC MA Ranking pada penghujung musim ini atau musim 2021 bergantung kepada keputusan serta prestasi kelab yang bersaing diperingkat Asia.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thai League Jadi Destinasi Pilihan 26 Pemain Dari ASEAN, 33.3% Daripadanya Adalah Pemain Dari Filipina

BG Pathum United Umumkan Jersi ‘Nameset’ Norshahrul Idalan Talaha Akan Dijual Pada Hari Isnin

FA Thai Bentangkan 8 Agenda Utama Strategi ‘Moving Forward’, Bakal Memacu Industri Bola Sepak Thailand