Kejayaan pasukan Kedah FA menumpaskan Tai Po FC dalam pusingan kelayakan 2 Play-Off saingan AFC Champions League 2020 telah berjaya menyumbang mata untuk membantu peningkatan AFC MA Ranking Malaysia.

Dengan status sebagai juara Piala FA 2019, selepas tamat perlawanan tempoh hari, Kedah FA telah berjaya mengutip 0.6 mata, dimana 0.3 mata daripadanya adalah kerana layak ke pusingan kelayakan 2 dan 0.3 mata lagi adalah bonus kemenangan.

Untuk maklumat kepada pembaca yang mungkin belum tahu, dalam pusingan kelayakan 1, 2 dan Play-Off bonus layak ke pusingan ini adalah 0.3 mata, setiap kemenangan akan diberikan 0.3 mata dan seri 0.15 mata.

83034671_3024194044279719_1243083502488911872_o

Kejayaan menewaskan pasukan dari Hong Kong itu membolehkan Kedah FA mencabar pasukan dari Korea Selatan, FC Seoul dalam perlawanan yang akan diadakan pada minggu hadapan. Apa pun keputusan dalam perlawanan ini, Kedah FA pastinya akan membawa pulang sekurang-kurangnya 0.3 mata lagi dari Seoul.

Jumlah itu akan menjadikan jumlah mata keseluruhan kepada 0.9 mata tidak termasuk bonus menang atau seri untuk perlawanan bertemu pasukan FC Seoul.

82595520_3024197824279341_4197890087238762496_o

Sebagai rekod, pada musim 2019, Malaysia berjaya mengutip 4.45 mata untuk AFC MA Ranking dimana 4.00 mata hasil dari prestasi JDT dalam peringkat kumpulan dan 0.45 mata sumbangan pasukan Perak (menang 6-5 sepakan penalti selepas seri 1-1 dengan Kitchee) dalam kelayakan 2 AFC Champions League, sebelum tewas 1-5 ditangan Ulsan Hyundai.

Semoga musim 2020 ini pasukan-pasukan dari Malaysia mampu mengutip mata AFC MA Ranking semaksima yang mungkin untuk menaikkan lagi ranking Malaysia dikalangan negara-negara besar bola sepak di Asia khususnya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

ACL2020: Tai Po FC Kalah Semua 5 Perlawanan Terakhir Saingan Domestik, Petanda Awal Kedah FA Bakal Terbang Ke Korea Selatan

UAE Sah Naturalisasi Penyerang Dari Argentina, Kini Muncul Penjaring Liga UAE Ke-2 Terbanyak Sepanjang Zaman

Hatrik Kipre Tchetche Bantu Kedah Singkirkan Tai Po FC