Berdasarkan data yang direkodkan oleh sebuah laman web FootyRankings berkaitan dengan AFC MA Ranking 2020, pasukan Filipina kini telah berjaya memintas kedudukan Australia untuk berada di ranking ke 6 Asia Timur.

Filipina kini telah mengumpul 33.993 mata sepanjang 4 tahun terkini, manakala Australia pula mengutip 29.144 mata – perbezaan sekitar 4.849 mata diantara kedua-dua pasukan ini.

Walaupun pasukan-pasukan dari Filipina tidak beraksi dalam saingan AFC Champions League, mereka berjaya mempamerkan aksi yang konsisten dalam saingan AFC Cup dan mengutip mata yang banyak, seterusnya menyumbang kepada kedudukan AFC MA ranking ketika ini.

Bagi pasukan Australia pula, mereka gagal untuk menempatkan diri sebagai sebuah pasukan yang mencabar diperingkat lebih tinggi dalam AFC Champions League justeru penyusutan mata berlaku untuk AFC MA ranking mereka.

Malaysia kini berada dikedudukan ke 10 AFC MA ranking Asia Timur dengan kutipan 21.534 mata dibelakang Vietnam dan juga Singapura.

Berikut adalah kedudukan semasa AFC MA Ranking 2020 untuk rujukan bersama;

Rank Country 2017 2018 2019 2020 Points Total Points
1 Japan 21.85 13.85 21.8 3.233 60.733 100
2 China PR 24.567 16.2 17.35 0.6 58.717 96.681
3 Korea Republic 9.95 18.35 13.6 0.85 42.75 70.39
4 Thailand 15.05 16.2 5.05 0.9 37.2 61.252
5 DPR Korea 3.433 7.433 11.067 0 21.933 36.114
6 Philippines 8.12 5.843 4.782 1.9 20.645 33.993
7 Australia 5.9 7.3 2.6 1.9 17.7 29.144
8 Vietnam 2.8 3.267 10.752 0.467 17.285 28.461
9 Singapore 5.138 5.617 4.133 1.3 16.188 26.654
10 Malaysia 4.395 3.633 4.45 0.6 13.078 21.534
11 Indonesia 0 4.1 5.045 1.4 10.545 17.363
12 Hong Kong 1.75 3.3 3.65 0.3 9 14.819
13 Myanmar 1.3 4.062 1.6 0.767 7.728 12.725
14 Cambodia 1.683 2.25 1 0.3 5.233 8.616

Kedudukan ini dijangka akan ada perubahan selepas tamat saingan AFC Champions League dan juga AFC Cup 2020, dan Malaysia melalui JDT, jika mempamerkan prestasi yang baik dalam saingan peringkat Asia musim ini dijangka mampu memotong kedudukan Vietnam dan merapatkan kedudukan dengan Australia.

Selaras dengan langkah AFC menambah bilangan pasukan yang bertanding pada edisi 2021 nanti, MA yang berada di ranking ke 7 hingga 10 akan menerima slot 1+0 dimana hanya 1 pasukan layak secara automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League dan tiada slot play-off.

Bagi MA yang berada dalam kategori ini, mereka akan turut memiliki slot automatik dalam peringkat kumpulan saingan AFC Cup 2021. Namun, pengumuman rasmi berkenaan saingan musim 2021 bagi kedua-dua format kejohanan akan diumumkan secara rasmi oleh AFC.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Ini Sebab Mengapa Liridon Krasniqi Tiada Dalam Skuad JDT Di AFC Champions League Kecuali..

Thailand Sah Menerima Slot 2+2 Dalam Saingan AFC Champions League 2021, AFC Hantar Surat Pengesahan Rasmi.

ACL2020: Theerathon Ketepikan Pemain Korea Selatan, Tersenarai Dalam Skuad Yokohama F Marinos

Sumber