Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan jadual bagi baki perlawanan peringkat kumpulan Zon Timur (Kumpulan E, F, G, dan H) saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Perlawanan peringkat kumpulan G dan H akan berlangsung di Malaysia setelah AFC meluluskan permohonan negara ini untuk menjadi salah satu tuan rumah bagi kejohanan kelab nombor satu di Asia itu pada Julai lalu.

AFC telah menetapkan saingan peringkat kumpulan akan berlangsung pada 19 November hingga 4 Disember, dengan lapan kelab akan terlibat antaranya juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim.

Kumpulkan G diisi oleh Vissel Kobe (Jepun), Guangzhou Evegrande (China), Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan) dan Johor Darul Ta’zim (Malaysia) manakala kumpulan H diisi oleh Yokohama F Marinos (Jepun), Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Sydney FC (Australia) dan Shanghai SIPG (China).

Berikut adalah jadual penuh bagi perlawanan kumpulan G dan H.

Kumpulan G:

Johor Darul Ta’zim (MAS) vs Guangzhou Evergrande FC (CHN) (19 November)

Suwon Samsung Bluewings (KOR) vs Guangzhou Evergrande FC (CHN) (22 November)

Suwon Samsung Bluewings (KOR) vs Johor Darul Ta’zim (MAS) (25 November)

Guangzhou Evergrande FC (CHN) vs Vissel Kobe (JPN) (25 November)

Vissel Kobe (JPN) vs Guangzhou Evergrande FC (CHN) (28 November)

Johor Darul Ta’zim (MAS) vsVissel Kobe (JPN) (1 Disember)

Guangzhou Evergrande FC (CHN) vs Johor Darul Ta’zim (MAS) (4 Disember)

Vissel Kobe (JPN) vs Suwon Samsung Bluewings (KOR) (4 Disember)

Kumpulan H:

Sydney FC (AUS) vs Shanghai SIPG FC (CHN) (19 November)

Jeonbuk Hyundai Motors FC (KOR) vs Shanghai SIPG FC (CHN) (22 November)

Jeonbuk Hyundai Motors FC (KOR) vs Sydney FC (AUS) (25 November)

Shanghai SIPG FC (CHN) vs Yokohama F. Marinos (JPN) (25 November)

Yokohama F. Marinos (JPN) vs Shanghai SIPG FC (CHN) (28 November)

Yokohama F. Marinos (JPN) vs Jeonbuk Hyundai Motors FC (KOR) (1 Disember)

Shanghai SIPG FC (CHN) vs Sydney FC (AUS) (1 Disember)

Shanghai SIPG FC (CHN) vs Jeonbuk Hyundai Motors FC (KOR) (4 Disember)

Sydney FC (AUS) vs Yokohama F. Marinos (JPN) ) (4 Disember)

Baca artikel lain mengenai saingan AFC Champions League (ACL) di sini:

Malaysia Jadi Tuan Rumah Perlawanan AFC Champions League Kumpulan G Dan H

Al Hilal Ambil Tindakan Undang-Undang Ekoran Penyingkiran Dari ACL

Al Hilal Disingkirkan Dari Saingan ACL Selepas Senaraikan Hanya 11 Pemain Dalam “Matchday Squad”

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group