Badan Disiplin dan Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menggantung penjaga gol skuad kebangsaan Laos, Thipphonexay Inthavongsa kerana kesalahan mengatur perlawanan.

Thipphonexay didapati melanggar peraturan di bawah artikel Article 66.1 dimana beliau memanipulasi perlawanan persahabatan antara Laos menentang Hong Kong pada 5 Oktober 2017 lalu.

Laos
Thipphonexay Inthavongsa. Sumber Gambar: Bangkok Post

“Badan Disiplin dan Etika AFC telah mengambil keputusan untuk melarang penjaga gol skuad kebangsaan Laos, Thipphonexay Inthavongsa daripada teringat dalam sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup.

“AFC telah meletakkan integriti dan mengambil langkah tegas kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam pengaturan perlawanan dan memastikan aktiviti itu tidak berulang,” kata AFC.

Dalam perlawanan tersebut, Hong Kong berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 4-0 namun terdapat beberapa tindakan Thipphonexay yang dianggap mencurigakan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Lapan Pemain B-21 Tahun Paling Mahal Di Asia Tenggara

Luqman Hakim: Wan Kuzri Ala-Ala Toni Kroos

Pemain Consadole Sapporo Puji Atmosfera Stadium Nasional Bukit Jalil