Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan denda sebanyak ฿97 Ribu RM129 Ribu atau RM12 Ribu kepada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) ekoran tindakan segelintir penyokong yang melontarkan kata-kata kesat kepada pengadil semasa perlawanan saingan AFC B-23 Tahun awal tahun ini.

Ketika perlawanan peringkat suku akhir antara Thailand menentang Arab Saudi, penyokong mula memaki serta melontarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan, Ahmed Al-Kaf dari Oman kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Thailand tewas perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Abdullah Al-Hamdan pada separuh masa kedua menerusi sepakan penalti sekaligus gagal layak ke peringkat separuh akhir dalam temasya yang berlangsung di laman sendiri.

AFC menerima laporan mengenai insiden ini dan kemudiannya menjalankan siasatan. Setelah siasatan dilakukan, badan bola sepak Asia itu kemudiannya menjatuhkan hukuman berupa denda kepada FAT serta amaran untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Jika kejadian sama berulang dalam jangka masa yang diberikan iaitu selama dua tahun, FAT akan berdepan hukuman yang lebih berat dari AFC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Thailand di sini:

BG Pathum United Mahu ‘Bawa Pulang’ Teerasil Dangda, Perebutan Posisi Penyerang Makin Sengit

Pengendali Police Tero Belum Pasti Bila Mohamadou Sumareh Akan Sertai Pasukan

FIFA Arahkan Anderlecht Bayar RM2.56 Juta Kepada Buriram United, Komisen Penjualan Frank Acheampong Masih Tertunggak