Seperti semua sedia maklum, pihak AFC baru sahaja mengumumkan tarikh bagi perlawanan kejohanan AFC Cup 2021 dari peringkat preliminary sehingga perlawanan akhir.

Seperti yang diumumkan, perlawanan peringkat kumpulan AFC Cup 2021 akan diadakan secara berpusat atau centralised mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Namun ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana penentuan lokasi venue akan dibuat.

Dari maklumat yang kami perolehi, pihak AFC dikatakan akan mengadakan perlawanan peringkat kumpulan secara berpusat mengikut kumpulan masing-masing selepas ditentukan pada 27 Januari 2021.

Setiap pasukan dalam sesebuah kumpulan itu boleh menghantar bidaan bagi menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada perlawanan peringkat kumpulan itu nanti.

Pastinya, pasukan-pasukan yang berminat untuk menghantar bidaan itu perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak AFC dan proses itu akan bermula selepas keputusan undian kejohanan AFC Cup 2021 selesai.

Ini bermaksud, 2 wakil Malaysia dalam kejohanan AFC Cup 2021 iaitu pasukan Terengganu dan Kedah berpeluang untuk menjadi tuan rumah kepada kumpulan masing-masing sekiranya mampu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan ini juga peluang besar kepada pemilik-pemilik kelab yang memiliki perniagaan dalam sektor perhotelan terutamanya.

Apapun sama-sama kita nantikan pengumuman secara rasmi oleh pihak AFC pada 27 Januari 2021 nanti selepas majlis undian peringkat kumpulan AFC Cup 2021 tamat dan berkemungkinan besar juga format yang sama akan digunakan bagi kejohanan AFC Champions League 2021.

Nota: Kelulusan dari kerajaan negara terbabit juga diperlukan sekiranya sesebuah pasukan itu mahu menjadi tuan rumah kepada venue perlawanan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

AKRacing Dan FC Tokyo Jual ‘Bangku Simpanan Pemain’ Pada Harga RM2,355 Seunit Kepada Penyokong

Kelab Divisyen 3 Jepun Ini Miliki 554 ‘Official Partners’, Majoriti Adalah Syarikat Komuniti Setempat

Jersi ‘Player Issue’ Beserta ‘Name Set’ Azul Claro Numazu Dibuka Untuk Tempahan Berharga RM707 Sehelai