Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah kelabnya memenangi anugerah AFC Cup Club Of The Decade baru-baru ini.

TMJ mengucapkan terima kasih kepada AFC menerusi laman media sosial Twitter miliknya sejurus badan induk bola sepak Asia itu mengumumkan JDT sebagai kelab terbaik bagi saingan Piala AFC pada dekad ini.

Johor Darul Ta’zim mengetepikan cabaran daripada empat calon lain iaitu Air Force Club (Iraq), Kuwait SC (Kuwait), Qadsia SC (Kuwait) dan juara edisi 2019, Al Ahed (Lebanon).

JDT dipilih sebagai salah satu calon bagi anugerah AFC Cup Club Of The Decade setelah mencipta sejarah dengan menjadi kelab dari rantau Asia Tenggara pertama yang memenangi trofi tersebut pada 2015 lalu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Johor Darul Ta’zim Diundi Sebagai AFC Cup Club Of The Decade

Liridon Krasniqi Sah Menjadi Warganegara Malaysia

Liridon Krasniqi Ada Peluang Diturunkan Berdepan UAE Mac Depan