Bienvenido Marañón tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya dalam kancah AFC Cup apabila beliau merupakan ‘All Time Top Scorer’ kejohanan itu setakat ini dengan 35 gol secara keseluruhannya.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh House of Representatives of the Philippines 2 hari yang lalu serta laporan dari ABS News, mereka telah mengesahkan bahawa Bienvenido Marañón telah diberikan kerakyatan Filipina secara rasmi.

Pemain yang berusia 34 tahun itu yang berasal dari Sepanyol telah beraksi untuk Ceres Negros (kini dikenali sebagai United City FC) sejak musim 2017, telah berjaya membantu kelab itu muncul sebagai juara Philippines Football League (PFL) sebanyak 4 kali.

Dengan pengumuman itu juga, skuad kebangsaan Filipina dijangka akan memiliki kekuatan tambahan yang lebih baik terutama dibahagian sayap kanan apabila Bienvenido Marañón dijangkakan bakal mengisi posisi tersebut.

Berita mengenai Maranon telah mula menjadi perhatian apabila artikel berkaitan proses naturalisasi beliau dikeluarkan sekitar Disember 2020 yang lalu, dan pastinya banyak kelab ASEAN mula melihat beliau sebagai salah satu ‘option’ terbaharu untuk mengisi slot pemain asing ASEAN atau AFC.

bienvenido-maranon-afc-cup-2019-shan-united

Dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Filipina kini berkongsi mata dengan pasukan ditempat ke-2 iaitu China dengan 7 mata, dan berdasarkan perlawanan sebelum ini skuad The Azkals berjaya mengikat pasukan China seri 0-0 ditempat sendiri.

Pastinya mereka mahu merebut salah satu tempat sebagai 4 pasukan naib juara kumpulan terbaik untuk layak secara automatik ke Piala Asia 2023 nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Pakai Jersi Pasukan Luar Negara Ketika Bertugas, Pengurus Nasarawa United Diberikan Amaran Keras Oleh NPFL

Malaysia Berisiko Terlepas Slot Automatik AFC Champions League Jika Gagal ‘Perform’ Diperingkat Asia 2021

Amirizdwan Taj: Daripada ‘Striker’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam Hingga Dipanggil Datuk K Rajagobal

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group