Jentera tengah pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) kali ini lebih mantap apabila mereka mengumumkan kemasukan pemain import baharu iaitu Mahmoud Al Mardi bagi mengantikan tempat pemain import dari Korea Selatan, Jang Sukwon.

Pemain tengah skuad kebangsaan Jordan itu turut dibawa ke Denpasar, Bali di Indonesia bagi menghadapi saingan Piala AFC (AFC Cup) 2022. Beliau sebelum ini mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan AFC Cup 2021 ketika bersama kelab Bahrain, Al Muharraq.

“Mula melaporkan diri bersama pasukan hari ini, sejurus tiba dari Jordan, Mahmoud akan turut bersama pasukan ke Bali esok. Sebelum ini Mahmoud pernah beraksi bersama Al-Muharraq menjuarai Piala AFC 2021 dimana Mahmoud menjaringkan gol pembukaan perlawanan tersebut,” tulis kenyataan rasmi kelab.

Pemain berusia 28 tahun ini merupakan telah mewakili skuad kebangsaan Jordan sejak tahun 2014 dan baru-baru ini turut membantu pasukan itu layak ke Piala Asia 2023. Beliau akan memakai jersi bernombor 10 musim ini bersama skuad Sang Kenari.

Dalam saingan AFC Cup 2022, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak ini diundi dalam Kumpulan G bersama 3 kelab Asean yang lain iaitu Bali United (Indonesia), Kaya Iloilo FC (Filipina) dan Visakha United (Kemboja.

Semua perlawanan ini akan berlangsung dari 24 hingga 30 Jun 2022. Pasukan KDA FC sudah pun bertolak ke sana dengan delegasi 48 orang terdiri daripada pegawai dan pemain. Mereka akan berkampung selama 13 hari untuk memburu satu slot ke peringkat kalah mati Zon Asean.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Pemain Pertahanan Uzbekistan Sah Sertai Sri Pahang

Pemain Tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr Sah Sertai Kedah Darul Aman

MFL Lancar Bola Sepak Fantasi Rasmi Pertama Liga Malaysia

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang