Kelab dari Lebanon Al Ahed berjaya muncul sebagai juara kejohanan AFC Cup 2019 apabila menewaskan kelab dari Korea Utara 1-0 di Stadium KLFA Cheras semalam.

Kejayaan itu merupakan satu sejarah bagi mereka selepas muncul sebagai kelab bola sepak pertama yang menjuarai kejohanan diperingkat benua, dan lebih manis lagi apabila pasukan Al Ahed tidak tidak pernah tewas walau satu perlawanan sepanjang kempen AFC Cup 2019 berlangsung.

Selain itu, penjaga gol mereka Mehdi Khalil turut dipilih sebagai MVP AFC Cup 2019 atas prestasi cemerlang beliau dalam kempen musim 2019 yang hanya melepaskan 3 gol dalam keseluruhan perlawanan.

mehdi khalil

Mehdi Khalil yang ditemui selepas perlawanan tamat menyifatkan kejayaan itu adalah satu kebanggaan bukan sahaja kepada pasukan Al Ahed namun ia merupakan satu kejayaan buat semua rakyat Lebanon.

“Ini adalah satu sejarah hebat buat kami selepas berjaya menjulang piala ini. Saya berterima kasih kepada semua rakan sepasukan kerana telah bersatu hati berjuang dan kami mendapat apa yang kami mahukan hari ini.

“Saya bersyukur kerana memenangi anugerah MVP kerana ia adalah sesuatu yang sukar kepada seorang pemain diposisi penjaga gol. Kami akan kembali musim depan dan akan mempertahankan kejuaraan AFC Cup ini.

xaohozrioskwry4apktv

Ketika ditanya mengenai impak kejuaraan AFC Cup 2019 ini kepada rakyat Lebanon khasnya, Mehdi Khalil menjelaskan bahawa ini adalah suatu tonik dan motivasi kepada pemain-pemain muda untuk terus berusaha lebih gigih.

“Kami akan terus bekerja lebih keras untuk mempertingkatkan lagi (kualiti) bola sepak Lebanon. Hari ini kami berjaya memberikan motivasi buat pemain-pemain muda Lebanon untuk mencapai tahap ini serta mempercayai mereka juga mampu melakukannya.

“Di Lebanon kami mempunyai ramai pemain yang berbakat besar, dan Persatuan Bola Sepak Lebanon perlu bekerja lebih keras untuk memastikan bakat-bakat muda tidak terabai.

“Semoga mereka dapat melihat pencapaian kami ini dan membantu pembangunan pemain-pemain muda di Lebanon. Inilah yang kami perlukan sekarang.

Baca juga artikel kami yang lain berkaitan bola sepak Asia yang telah disediakan untuk anda sebagai peminat sejati bola sepak.

Gara-Gara Tiada Pasukan Bawah 15 Tahun, Hanoi FC Hilang Slot AFC Champions League Dan AFC Cup 2020

Stadium Kuala Lumpur Sah Dipilih Sebagai Venue Perlawanan Akhir AFC Cup 2019

Juara V.League 1 2019, Hanoi FC Bakal Hilang Slot Kelayakan AFC Champions League 2020