Kemenangan pasukan JDT keatas juara 2 kali kejohanan Asian Club Championship, Suwon Samsung Bluewings tempoh hari jelas banyak memberikan impak kepada pelbagai sudut baik luar mahu pun dalam padang.

Selain berjaya membantu memberikan sumbangan yang besar kepada AFC MA Ranking Malaysia, ia turut melonjakkan mata AFC Club Ranking JDT sendiri yang kini menghuni tangga ke 35 Asia dengan kutipan 33.10 mata setakat ini.

Mengikut kemaskini dari FootyRankings itu juga, pasukan JDT kini telah berjaya muncul sebagai kelab Top 3 ASEAN selepas berjaya memintas kelab dari Thailand, SCG Muangthong United yang mengutip 31.67 mata.

Selain itu, tempias dari kenaikan mata yang dikutip oleh JDT juga turut mempengaruhi kedudukan 2 lagi pasukan dari Malaysia iaitu Kedah dan Felda United yang masing-masing turut melonjak untuk menghuni ranking ke 122 (naik 8 tangga) dan 126 (naik 7 tangga) Asia.

Ceres Negros dari Filipina kekal sebagai pasukan paling tinggi mengutip mata AFC Club Ranking dengan jumlah keseluruhan 41.97 mata diikuti oleh Buriram United dengan 39.67 mata.

JDT dijangka mampu untuk merapatkan jurang perbezaan mata dengan Buriram United untuk menghuni tangga kedua sekiranya berjaya mencatat keputusan yang memberangsangkan dalam perlawanan seterusnya di AFC Champions League 2020.

Peluang lebih besar menanti Malaysia musim 2021 apabila ada 3 pasukan yang bakal menyumbangkan mata kepada AFC MA Ranking yang seterusnya memberikan impak kepada ranking AFC Club Rankings.

Ayuh semua, kembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia di Asia!

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

JDT Lebarkan Jurang Mata Ranking AFC MA, Optimis Malaysia Mampu Pintas Australia Dan Vietnam Jika Konsisten

Wartawan Bola Sepak Australia Mula Bimbang Kelab A-League Bakal Terjerumus Ke Saingan AFC Cup

JDT Jana Pendapatan Lebih RM800,000 Dalam Masa 4 Hari, Tarik Hampir 60,000 Penyokong Ke Stadium