Selepas tamat perlawanan akhir AFC Champions League 2018 yang dimenangi oleh Kashima Antlers semalam, maka berakhir sudah kejohanan bola sepak kelab diperingkat Asia tahun 2018.

Dengan itu juga, kedudukan ranking kelab di Asia yang dikira berdasarkan jumlah pengutan mata dari kejohanan diperingkat Asia sudah lengkap.

Berdasarkan kemaskini terbaru dari sebuah laman web FootyRankings, ranking pertama AFC Club Ranking dimiliki oleh kelab Al-Duhail dari Qatar dengan jumlah pungutan 116.00 mata. Tempat kedua pula dipegang oleh kelab Al-Ain dari UAE 109.14 mata dan diranking ketiga adalah milik kelab dari Asia Timur, Guangzhou Evergrande dengan kutipan 105.28 mata.

AFC Club Rank

Juara AFC Champions League 2018, Kashima Antlers berada dikedudukan ke 10 dengan 79.90 mata, manakala Persepolis pula dikedudukan ke 7 dengan 94.38 mata.

JDT Atasi Buriram United Dalam AFC Club Ranking 2018

Kelab dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menempatkan diri dikedudukan ke 23 apabila mengutip 48.70 mata, 3.46 mata mengatasi kelab tersohor Thailand – Buriram United.

Kedudukan itu juga mengatasi beberapa kelab tersohor Asia lain seperti Melbourne Victory, Sydney FC, SCG Muangthong United, Western Sydney Wanderers serta Brisbane Roar.

AFC Club Ranking

Nota: Ranking dikira berdasarkan prestasi 4 tahun terkini dalam kejohanan kelab AFC.

Musim 2019 nanti, JDT akan beraksi dalam AFC Champions League dan berpeluang untuk menambahkan lagi mata serta memperolehi pendedahan yang cukup berkualiti dari kelab-kelab berbisa di Asia.

Diharapkan platform AFC Champions League itu nanti akan membolehkan bakat-bakat dari Malaysia lebih mudah diperhatikan pencari bakat untuk membawa pemain kita ke liga yang lebih tinggi kualitinya untuk faedah kepada skuad kebangsaan Malaysia.