Reputasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid semakin kukuh diperingkat Asia apabila gol jaringan beliau ketika bertemu Shandong Luneng pada musim 2019 yang lalu dinobatkan sebagai AFC Champions League’s Best Goal of the Decade.

Berita itu disahkan oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu pengumuman mengenai perkara itu sebentar tadi melalui laman web rasmi mereka, dimana dari 10 finalis yang tersenarai, bola lencong yang mengegar gawang Shandong Luneng itu berjaya meraih 34% undian secara keseluruhannya.

Berdasarkan dari maklumat yang disiarkan oleh pihak AFC dilaman web mereka sebanyak 19,933 undian telah dibuat sepanjang 3 minggu tempoh yang diberikan dan ini bermakna gol Safawi Rasid telah berjaya menerima kira-kira 6,777 undian.

undian

Pastinya pengiktirafan sebegini akan dapat menaikkan lagi moral serta semangat beliau untuk terus mempertingkatkan prestasi permainan dimasa depan terutama selepas beliau diberikan akan menyertai kelab liga divisyen 1 Portugal, Portimonense SC tidak lama lagi.

Tahniah Safawi Rasid! Kemah keming!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Tonton Video Aksi Berani Mati Penjaga Gol Jadi ‘Frontliner’ Untuk Freekick Dari Luar Kawasan Penalti

Mokhtar Dahari Sebenarnya Berada Di Ranking Ke-3 ‘All Time International Goal Scorer’ Dibelakang Cristiano Ronaldo Dan Ali Daei

City Football Group (CFG) Mahu Beli Portimonense SC, Peluang Besar Terbuka Luas Untuk Safawi Rasid

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group