Musim 2019, juara unifi Liga Super Malaysia akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League secara automatik selepas slot 1+1 sah menjadi milik Malaysia.

Namun, masih ramai lagi diantara peminat bola sepak Malaysia yang tidak jelas tentang perkara yang berkaitan dengan AFC Champions League berdasarkan dari maklum balas yang diperolehi melalui pelbagai platform baik secara online ataupun tidak.

Vocket FC akan cuba menerangkan mengenai AFC Champions League dengan lebih jelas dan komprehensif untuk membantu peminat bola sepak Malaysia supaya lebih cakna mengenai kejohanan kelab paling elit di Asia ini.

1. AFC MA Ranking, 2 Zon Asia Timur & Barat Serta ‘Cut-Off‘.

Dalam kejohanan kelab peringkat Asia seperti AFC Champions League dan AFC Cup, pihak AFC telah membahagian pasukan-pasukan kepada 2 zon iaitu Asia Timur dan Asia Barat.

Untuk layak menerima sekurang-kurangnya 1 slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League, sesebuah MA itu perlu berada dalam ranking Top 6 AFC MA Ranking yang dikeluarkan oleh pihak AFC bagi setiap zon – Asia Barat & Asia Timur.

AFC Champions League

Pihak AFC telah membahagikan negara-negara dibawah mereka kepada beberapa zon kecil sebenarnya dan pecahannya adalah seperti berikut;

  • Zon Barat: Terdiri daripada MA dibawah West Asian Football Federation (WAFF)
  • Zon Tengah: Terdiri daripada MA dibawah Central Asian Football Federation (CAFA).
  • Zon Selatan: Terdiri daripada MA dibawah South Asian Football Federation (SAFF)
  • Zon ASEAN: Terdiri daripada MA dibawah ASEAN Football Federation (AFF)
  • Zon Timur: Terdiri daripada MA dibawah East Asian Football Federation (EAFF)

Zon Barat, Zon Tengah dan Zon Selatan diletakkan dibawah ‘West Region‘ manakala Zon ASEAN dan Zon Timur diletakkan dibawah ‘East Region

AFC biasanya mempunyai ‘cut-off’ sendiri dimana mereka akan mengambil kira kedudukan terakhir MA dalam AFC MA Ranking bagi menentukan slot dalam kejohanan kelab anjuran mereka.

Sebagai contoh, slot AFC Champions League 2019 dan 2020, telah ditentukan menggunakan AFC MA Ranking pada Disember 2017.

2. Pembahagian Slot Untuk AFC Champions League & AFC Cup

Isu utama yang perlu difahamkan oleh semua adalah bagaimana slot untuk setiap negara (Member Association atau MA) dibahagian.

Seperti yang diberitahu diatas, Top 6 untuk setiap kumpulan Asia Timur dan Asia Barat akan diberikan sekurang-kurangnya 1 slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League.

Butiran pembahagian slot dari ranking 1 hingga ranking 6 adalah seperti berikut;

AFC Champions League
SUMBER: FOOTY RANKINGS

Oleh kerana Malaysia berjaya berada dikedudukan ke 6 Asia Timur pada 1 Disember 2017, maka 1 slot automatik dan 1 slot kelayakan 2 Play-Off menjadi milik kita.

Selain itu, perlu juga diketahui bahawa slot maksimum untuk setiap negara ditentukan dengan pengiraan 1/3 dari jumlah pasukan dalam saingan liga teratas; untuk slot automatik dan juga kelayakan play-off.

Dari jumlah 1/3 diatas, hanya 4 pasukan maksimum akan diberikan slot walaupun mungkin sesebuah MA itu mempunyai lebih pasukan. Sebagai contoh J.League mempunyai 18 pasukan, dan 1/3 dari jumlah itu adalah 6 pasukan, tetapi hanya 4 pasukan maksimum dibenarkan.

Selain itu, dari jumlah maksimum 4 pasukan dari setiap negara yang menerima slot, hanya 3 pasukan maksimum akan layak ke peringkat kumpulan secara terus/automatik, dan sebuah lagi pasukan akan beraksi dalam peringkat Play-Off.

Contoh: Korea Selatan mempunyai 4 pasukan () yang menerima slot dan mengikut peraturan 3 pasukan sahaja layak secara  automatik ke peringkat kumpulan, pasukan terakhir menerima slot akan beraksi dalam peringkat Play-Off.

3. ‘Sporting Criteria‘ Bagi Menentukan Pasukan Mana Akan Menerima Slot

Perkara ke 3 ini sebenarnya lebih tertumpu kepada pencapaian pasukan dalam saingan liga dan juga kejohanan kalah mati kebangsaan.

Secara asasnya, sebuah MA yang menerima 4 slot (3+1) akan diagihkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya mencapai;

  1. Juara liga divisyen tertinggi kebangsaan
  2. Juara kejohanan kalah mati kebangsaan
  3. Naib juara liga divisyen tertinggi kebangsaan
  4. Tempat ke 3 liga divisyen tertinggi kebangsaan

Jika pasukan berjaya memenuhi ‘Sporting Criteria’ melalui kedudukan liga, tetapi tidak mempunyai lesen kelab AFC, maka slot itu akan diberikan kepada pasukan dikedudukan tertinggi berikutnya dan juga seterusnya.

Namun, ia akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan liga dikedudukan yang tidak kurang dari 50% dari jumlah pasukan dalam liga negara tersebut.

Sebagai contoh, Liga Super Malaysia mempunyai 12 pasukan, dan pasukan terakhir yang akan menerima slot ini adalah pasukan yang berada dikedudukan ke 6 liga dengan syarat 5 pasukan teratas liga tidak mempunyai lesen kelab AFC, walaupun memenuhi ‘Sporrting Criteria’ diatas.

4. Merit Dari Kejohanan Utama Malaysia Untuk Ke Asia

Dalam keadaan semasa, jelas bahawa untuk membolehkan pasukan dari Malaysia beraksi diperingkat Asia, hanya mempunyai 2 jalan sahaja iaitu melalui unifi Liga Super dan juga Shopee Piala FA Malaysia.

Piala Malaysia pasti mempunyai sejarah dan prestij yang terdiri kepada pemenang, tetapi untuk merit ke peringkat Asia, Piala Malaysia bukan pilihan kepada pasukan yang mengimpikan aksi lebih berkualiti.

5. Tiada Lagi Aksi Dalam Saingan AFC Cup

Berdasarkan maklumat dari AFC, mana-mana MA yang menerima sekurang-kurangnya 1 slot automatik peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League, tidak akan beraksi dalam saingan AFC Cup.

Mungkin ada situasi sesebuah MA itu akan mempunyai 1 pasukan bermain dalam AFC Champions League dan juga AFC Cup. Perkara ini berlaku sekiranya, MA tersebut mempunyai pasukan yang layak ke AFC Champions League melalui pusingan kelayakan dan bukan secara automatik ke peringkat kumpulan.

Sebagai contoh, Malaysia tidak mempunyai slot automatik ke peringkat kumpulan, tetapi mempunyai slot kelayakan 2 AFC Champions League da 2 slot automatik peringkat kumpulan ke peringkat kumpulan AFC Cup.

Jika pasukan yang beraksi dalam kelayakan 2 AFC Champions League berjaya lolos ke peringkat kumpulan, 1 pasukan lain akan menggantikan slot mereka di saingan AFC Cup.

Jadi Malaysia akan mempunyai 1 pasukan dalam AFC Champions League dan 2 pasukan dalam AFC Cup.