Buat kali pertama dalam sejarah, saingan kelab bola sepak paling elit dan berprestij di Asia – AFC Champions League secara rasmi akan ditayangkan di 3 buah negara eropah selepas hak penyiaran dibeli oleh Sport1 Gmbh.

Syarikat itu bakal ‘merencanakan’ kehebatan saingan bola sepak yang setaraf dengan UEFA Champions League itu kepada pasaran eropah seterusnya membolehkan aksi-aksi pemain dari Asia terutamanya lebih mudah ‘diakses’ oleh peminat bola sepak disana nanti.

Menurut AFC Media TV yang mengumumkan berita itu hari ini, ia adalah satu pencapaian besar kerana buat pertama kalinya perlawanan AFC Champions League akan disajikan kepada peminat bola sepak di Jerman, Switzerland dan Austria mulai musim 2021.

Walaupun hanya 3 negara pada peringkat awal, ini sudah cukup untuk memberikan peluang besar kepada kelab dan juga pemain khususnya untuk memperagakan aksi bermutu mereka kepada penonton di eropah yang mungkin akan membuka satu jalan baru dalam karier mereka suatu hari nanti.

Besar juga sebenarnya peluang kepada kelab bola sepak itu sendiri untuk mencari pendedahan yang berharga samada dari segi tajaan atau pun ‘memperkenalkan’ diri mereka kepada benua eropah dengan lebih mudah.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiΒ  sediakan untuk anda.

“Kelab ‘Monitor’ Pemain Kami Dan Offer, Bukan Guna Atau Suruh Kroni Tun Ambil. Tolong Jangan Samakan.” – TMJ

Penulis Bola Sepak Indonesia Ini Puji Langkah Luqman Hakim Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Belgium

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?