Pemain muda Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid sebelum ini dilaporkan sudah mula mendapat perhatian dari Jepun selepas berjaya mempamerkan aksi memukau ketika kejohanan AFC U23 Januari lalu.

Dengan Johor Darul Ta’zim mengesahkan tempat dalam peringkat kumpulan kejohanan AFC Champions League 2019, ini sebenarnya medan terbaik untuk Safawi Rasid membuktikan kemampuan beliau di kejohanan kelab paling elit di Asia dan seterusnya menutup segala keraguan yang mungkin ada pada pemerhati bola sepak dari Jepun khususnya.

Jepun tidak akan sewenang-wenangnya akan mengambil seseorang pemain luar terutama dari Asia Tenggara sebelum ‘mengakses’ kebolehan dan keupayaan melalui prestasi dalam kejohanan tertinggi di Asia.

SAFAWI RASID
SUMBER: JOHOR SOUTHERN TIGERS

Sebagai contoh, Chanathip Songkrasin, beliau berjaya menambat hati kelab-kelab dari Jepun melalui 2 platform utama iaitu pusingan kelayakan Piala Dunia zon Asia bersama pasukan kebangsaan Thailand dan kejohanan AFC Champions League ketika bersama Muangthong United.

2 platform ini mengajikan aksi kompetitif paling berkualiti di Asia dan beliau berjaya mempamerkan aksi yang memukau baik ketika bersama skuad negara serta pasukan kelab. Ini adalah faktor utama bagaimana negara-negara maju dalam bola sepak Asia menilai pemain-pemain kita.

Safawi Rasid
SUMBER: FOURFOURTWO / ASIANA.MY

Kembali kepada Safawi Rasid, pada kejohanan AFC U23 di China yang lalu, dalam keadaan cuaca ekstrim beliau mampu untuk menghadirkan ancaman kepada pasukan-pasukan kuasa Asia yang lain dan ini menjadi ‘plus point‘ dimata pemerhati bakat baru untuk mengakses kualiti yang ada pada seseorang pemain diperingkat negara.

Aksi Safawi Rasid Berjaya Menarik Perhatian J.League Untuk Dibawa Ke Jepun

 

Manakala, AFC Champions League, seperti yang dikatakan diatas menjadi satu pentas terbesar dan terbaik kepada Safawi Rasid untuk menguatkan lagi ‘resume‘ beliau untuk membuka pintu berhijrah ke liga yang mampu mengeksport pemain ke eropah setiap tahun.

Malaysia sudah dijamin mendapat 1 slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 dan 2020. 2 tahun untuk pemain-pemain Malaysia ‘menjual’ bakat mereka kepada ‘jerung besar’ Asia. Jangan membuang masa.