Wakil tunggal Asia Tenggara dalam kejohanan kelab bola sepak paling berprestij di Asia, Buriram United begitu unggul menewaskan wakil Jepun, Cerezo Osaka 2 gol tanpa balas dalam perlawanan ke 3 peringkat kumpulan.

2 jaringan skuad The Thunder Castle itu dijaringankan Andres Tunez pada minit ke 3 dan Edgar Bruno da Silva pada minit ke 54. Bagaimanapun, Buriram United terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Jakkaphan Kaewprom dilayangkan kad merah pada minit ke 76 permainan.

Dengan keputusan itu, wakil dari Thailand ini telah mengutip 4 mata keseluruhan dari 3 perlawanan hasil 1 menang, 1 seri dan 1 kalah.

28618914_1596477230472213_4867447753936923088_o

Berbaki 3 perlawanan untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan, Buriram United akan bertandang ke Osaka pada 14 Mac nanti untuk aksi timbal balik, menerima kunjungan juara 2013,2015 Guangzhou Evergrande pada 3 April dan menentang Jeju United pada 17 April 2018.

Juara kumpulan G akan bertemu naib juara kumpulan E dan Juara kumpulan E akan bertemu naib juara kumpulan G pada 8 dan 15 Mei 2018 dalam saingan kalah mati 16 pasukan terbaik AFC Champions League 2018.

28685900_1613705845365967_1604461210269526227_n

Lebih menggembirakan penyokong Buriram United, penyerang mereka Andres Tunez muncul sebagai ‘Man of the Match’ sekaligus memberikan suntikan moral kepada skuad The Thunder Castle untuk menghadapi Cerezo Osaka ditempat lawan nanti.

 

 

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group