Selepas tamat pusingan kelayakan AFC B16 2020 semalam, 16 pasukan mengesahkan tempat dalam pusingan akhir yang akan berlangsung di Bahrain dari 16 September hingga 3 Oktober 2020.

Skuad Indonesia B16 dibawah bimbingan Bima Sakti muncul sebagai wakil tunggal dari Asia Tenggara selepas berjaya muncul sebagai salah sebuah pasukan 4 naib juara terbaik untuk layak ke pusingan akhir tahun hadapan.

Secara keseluruhan, 11 pasukan dari Asia Tenggara bersaing untuk merebut slot pusingan akhir itu, namun bagi edisi AFC B16 2020 ini hanya Indonesia yang berjaya berada dalam 16 pasukan terbaik dari pusingan kelayakan.

Screenshot 2019-09-23 at 11.12.29 AM
Kedudukan 4 pasukan naib juara terbaik dari semua kumpulan.

Pasukan Thailand dan Vietnam juga turut terlepas untuk layak ke pusingan akhir apabila masing-masing mengutip 6 mata dan tidak berjaya untuk berada dalam senarai 4 naib juara kumpulan terbaik seperti dalam senarai diatas.

Begitu juga dengan Laos yang menumpaskan pasukan Malaysia 1-0 dalam perlawanan ke-2 tempoh hari, juga gagal berada dalam 4 naib juara kumpulan terbaik.

Mungkin tidak ramai yang tahu, dalam pusingan akhir AFC B16 2020 pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir akan menerima slot ke kejohanan Piala Dunia B17 2021.

Screenshot 2019-09-23 at 11.50.51 AM
Senarai negara-negara yang layak ke pusingan akhir AFC B16 2020.

Bagi edisi Piala Dunia B17 2019 yang akan berlangsung di Brazil mulai 26 Oktober hingga 17 November 2019, dimana wakil dari AFC adalah Australia, Jepun, Korea Selatan dan Tajikistan.

Nota: Tajikistan dibelasah oleh Malaysia 2-6 dimana Luqman Hakim menjaringkan 4 gol dalam perlawanan pembukaan kumpulan A, pada 20 September 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baca artikel berkaitan bola sepak remaja Malaysia yang mungkin anda terlepas pandang dibawah.

Gol Minit Akhir Jepun B16 Menutup Rapat Peluang Malaysia Mara Ke Kejohanan AFC B16 2020

Pasukan Negara Yakin Layak Ke Saingan AFC Bawah 16 Tahun 2020

Struktur Liga Bawah 15 Tahun Jepun Yang Mungkin Tidak Ramai Tahu Mengenainya