Pasukan Vietnam masih lagi gagal untuk meraih kemenangan dalam saingan AFC B-23 Tahun apabila mencatat keputusan seri 0-0 ketika menentang Jordan.

Skuad bimbingan Park Hang-seo itu diikat seri ketika berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Ini bermakna mereka wajib untuk mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan D menentang Korea Utara.

Pada perlawanan yang berlangsung di Chang Arena, Buriram semalam, Vietnam bermula dengan agak goyah apabila barisan serangan Jordan mudah untuk melancarkan gerakan serangan terhadap kubu pertahanan Vietnam.

Meskipun menguasai dari segi serangan, namun kegagalan Jordan untuk memanfaatkan peluang terhidang khususnya pada separuh masa pertama menyebabkan mereka tidak berjaya memperoleh sebarang jaringan pada perlawanan semalam.

Keputusan seri semalam nyata merugikan naib juara edisi 2018 itu dimana setakat ini mereka bukan sahaja belum meraih kemenangan bahkan mereka belum menjaringkan sebarang gol dalam temasya edisi kali ini.

Pada perlawanan menentang Korea Utara Khamis ini, skuad The Golden Dragons wajib mencatat kemenangan dan mengharapkan sama ada UAE atau Jordan tewas apabila kedua-dua pasukan berentap.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

Hajime Moriyasu Didesak Letak Jawatan Setelah Jepun “Bungkus” Awal

Jepun Tersingkir Dari Saingan AFC B-23 Tahun

Vietnam Raih Keputusan Seri Pada Perlawanan Pembukaan Saingan AFC B-23 Tahun