Korea Selatan menempah pertemuan dengan pasukan Arab Saudi di pentas akhir saingan AFC B-23 Tahun setelah menewaskan Australia dengan keputusan 2-0.

Pada perlawanan yang penuh dengan aksi di Stadium Thammasat, Korea nyata lebih berbahaya berbanding lawan mereka dimana The Taegeuk Warriors seringkali melancarkan gerakan serangan ke kubu pertahanan Australia.

Meskipun mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun Korea gagal memanfaatkannya dengan baik manakala Socceroos bernasib baik tidak dibolosi. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Memasuki separuh masa kedua, Korea yang dibimbing oleh Kim Hak-bum akhirnya memperoleh gol pada minit ke-56 apabila Kim Dae-won menolak masuk bola setelah percubaan You-Hyeon Lee terkena tang gol.

Pemain gantian, Lee Dong-gyeong kemudiannya menjaringkan gol kedua Korea pada minit ke-76 sekaligus mengesahkan kemaraan pasukan itu ke perlawanan akhir.

Selain mara ke pentas akhir, Korea Selatan turut melayakkan temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

AFC B-23 Tahun: Arab Saudi Benam Uzbekistan, Tempah Tiket Ke Temasya Sukan Olimpik 2020

FAT Tuntut 3 Penjelasan Dari Pihak AFC Berkaitan Isu Pengadil Dalam Perlawanan Bertemu Arab Saudi

AFC B-23 Tahun: Park Hang-seo Memohon Maaf Setelah Vietnam Tersingkir