Pasukan Arab Saudi menempah tiket ke perlawanan akhir saingan AFC B-23 Tahun apabila menundukkan juara bertahan, Uzbekistan dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Nasser Al Omran.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, kedua-dua pasukan menampilkan aksi terbaik dengan saling melancarkan serangan ke kubu pertahanan lawan.

Namun, kegagalan untuk memanfaatkan peluang menyebabkan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Memasuki separuh masa kedua, Arab Saudi dan Uzbekistan masing-masing mempunyai peluang untuk membuka tirai jaringan namun jentera serangan yang tumpul menafikan hasrat kedua pasukan untuk menjaringkan gol.

Namun, memasuki minit-minit terakhir permainan, Nasser Al Omran menjadi wira The Green Falcon apabila beliau menjaringkan gol menerusi percubaan dari luar kawasan penalti.

Kemenangan ke atas Uzbekistan bukan sahaja membawa Arab Saudi ke pentas akhir saingan AFC B-23 Tahun tetapi melayakkan mereka ke temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Arab Saudi akan bertemu pasukan Korea Selatan pada perlawanan akhir selepas Taegeuk Warriors menewaskan Australia dengan keputusan 2-0.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

FAT Tuntut 3 Penjelasan Dari Pihak AFC Berkaitan Isu Pengadil Dalam Perlawanan Bertemu Arab Saudi

AFC B-23 Tahun: Park Hang-seo Memohon Maaf Setelah Vietnam Tersingkir

AFC B-23 Tahun: Vietnam Gagal Ikut Jejak Langkah Thailand