Hasrat pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) Vietnam, Park Hang-seo untuk menggunakan khidmat pemain bintang, Doan Van Hau bagi menghadapi kejohanan AFC B-23 2020 tidak menjadi kenyataan apabila kelab yang diwakili oleh pemain tersebut, SC Heerenveen tidak memberi pelepasan.

Menurut laporan daripada portal sukan dari Vietnam, tintaynguyen, alasan kelab dari Belanda itu tidak melepaskan Van Hau adalah kerana kejohanan AFC B-23 bukan pertandingan yang berada dalam sistem badan bola sepak dunia (FIFA).

Meskipun, pihak Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sudi membayar sejumlah denda kepada SC Heerenveen yang dikatakan berjumlah €40,000 atau RM185,000 namun permohonan mereka tetap ditolak kerana kelab tersebut amat memerlukan khidmat Van Hau bagi menghadapi baki perlawanan liga yang akan datang.

https://twitter.com/vietfooty/status/1209140751638114304?s=12

Vietnam sebelum ini sudah pun menggunakan khidmat Van Hau selama hampir sebulan bagi menghadapi temasya Sukan SEA di Filipina baru-baru ini.

Bagaimanapun, Park Hang-seo mengakui ketiadaan pemain itu telah menjejaskan perancangannya untuk membentuk barisan mantap kerana bukan mudah mencari pengganti yang mempunyai kualiti setanding Van Hau di posisi pertahanan kiri.

Jika Van Hau kembali menyertai kejohanan AFC B-23, ia akan menjejaskan peluang pemain itu untuk beraksi di eropah dan kemungkinan bakal ditamatkan kontrak oleh kelab SC Heerenveen.

truoc-doan-van-hau-cau-thu-viet-tung-tray-trat-the-nao-tai-chau-au
Penampilan pertama Van Hau ketika menentang Roda JC.

Pada 18 disember lepas, Van Hau melakukan penampilan pertamanya ketika menentang Roda JC dalam National Cup. Pengendali SC Heerenveen, Johnny Jansen turut mengesahkan Van Hau berada dalam perancangannya dan dijangka akan berada kesebelasan utama untuk perlawanan yang seterusnya.

Dalam kejohanan AFC B-2020, Vietnam diundi dalam kumpulan D bersama UAE, Korea Selatan dan Jordan. Kejohanan itu menawarkan 3 slot untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun depan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Pemain Persis ‘Mohamed Salah Liverpool’ Ini Sertai Pasukan Ranong United Dalam Saingan Thai League 2

Keisuke Honda Tinggalkan Kelab Eredivisie, Vitesse Arnhem

Shin Tae-Yong Bakal Diumumkan Sebagai Jurulatih Baharu Indonesia?