Ketua Menteri Melaka, YAB Tn Adly Zahari mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) pada hari ini. Beliau menyerahkan jawatan itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, YB Damian Yeo Shen Li berkuatkuasa serta merta.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana mahu menumpukan tugas sebagai ketua menteri Melaka dan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Perkembangan itu turut disahkan oleh laman facebook rasmi Melaka United yang mengeluarkan ucapan penghargaan kepada Menteri Melaka itu sepanjang berkhidmat sebagai Presiden.

“Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Ketua Menteri, Tn Adly Zahari atas segala jasa serta sumbangan yang tidak berbelah bagi beliau kepada bolasepak negeri Melaka sepanjang lebih setahun menerajui persatuan ini selaku Presiden.

“Beliau hari ini (Jumaat, 1 November 2019) mengumumkan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MUSA selepas memegang jawatan itu kira-kira tempoh satu tahun lapan bulan dan menyerahkan kerusi Presiden MUSA kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, YB Damian Yeo Shen Li berkuat kuasa hari ini,” kata kenyataan itu.

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Ketua…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Friday, 1 November 2019

Seperti yang diketahui oleh penyokong, MUSA kini mengadapi krisis kewangan teruk dimana jumlah hutang yang diterima oleh badan induk itu ketika ini mencecah nilai RM8 Juta.

Malah, mereka juga gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama beberapa bulan lalu.

Melaka United juga antara pasukan yang gagal melengkapkan permohonan lesen kelab kebangsaan dan juga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi menghadapi saingan musim 2020 seterusnya diberikan syarat atau ditangguhkan kelulusan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hingga penghujung Oktober.

Baca artikel lain mengenai krisis kewangan yang dihadapi oleh MUSA di sini:

Hutang Melaka United Mencecah RM8 Juta?

Tunggakan Gaji Shukor Adan Mencecah Sehingga 5 Bulan

Yusof Mahadi Akui Gaji Pemain Melaka United Tertunggak Dua Bulan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group