Penyerang skuad kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn menyatakan beliau mahu beraksi di saingan Liga Malaysia sebelum bersara dari dunia bola sepak profesional.

Menurut Adisak, beliau tidak mahu menamatkan karier di Thailand, sebaliknya mahu beraksi di luar negara seperti saingan Liga Malaysia dan juga V-League.

Adisak Kraisorn
Adisak Kraisorn. Sumber Gambar: Bao Lao Dong

“Jika saya mempunyai peluang untuk beraksi di luar negara, saya mahu mencuba beraksi di Malaysia ataupun Vietnam. Tidak semestinya di Jepun seperti beberapa pemain Thailand yang lain.

“Saya mahu beraksi di luar negara kerana mahu mencuba budaya baharu. Saya benar-benar mahu melakukannya sebelum saya bersara,” kata Adisak.

Penyerang kelab Port FC dalam saingan Thai League 1 ini tidak asing lagi bagi peminat bola sepak tanah air setelah kesalahan beliau pada perlawanan separuh akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu.

Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit terakhir permainan sekaligus membolehkan Malaysia mara ke perlawanan akhir menerusi peraturan jaringan di tempat lawan setelah perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2.

Sepanjang beraksi di saingan Thai League 1 dan juga bersama skuad kebangsaan Thailand, Adisak pernah memenangi beberapa kejuaraan antaranya Thai League 1 (2011, 2013, 2014, 2016), Thai FA Cup (2011, 2012,2013) dan Piala AFF Suzuki pada 2014.

Baca artikel lain mengenai pasukan pemain Thailand di sini:

Pasukan Liga Malaysia Mahu Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim

Pasukan Perlu Bayar Harga Tinggi Jika Mahu Dapatkan Sarach Yooyen Dan Thitipan Puangchan