Penyerang skuad kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn kini dilihat sedang hebat mempromosikan perniagaan durian berkualiti premium secara online ketika saingan liga Thailand terhenti sehingga September 2020.

Nama Adisak Kraisorn menjadi tumpuan penyokong bola sepak Malaysia apabila, beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika saingan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 yang lalu dan membolehkan Malaysia mara ke perlawanan akhir bertemu Vietnam.

https://www.instagram.com/p/B_T-0kgFPKH/

3 ulas durian dalam satu kotak kecil dibungkus rapi untuk menjaga kualiti dan rasa durian premium oleh Durian by AK9.

Setiap kotak durian ini dijual pada harga THB890 atau RM120 sekotak yang besar dan THB49 atau RM66 untuk kotak yang kecil.

Setiap kotak durian yang dijual akan ditandatangan secara eksklusif oleh Adisak Kraison sendiri sebagai nilai tambah kepada produk durian premium yang dijual itu untuk para pelanggan.

Untuk pelanggan disekitar kota Bangkok, penghantara menggunakan runner disediakan, manakala untuk diluar dari Bangkok mereka menggunakan khidmat kurier.

Berdasarkan pemerhatian, jualan durian Adisak Kraisorn mendapat sambutan hangat dari pelanggan yang rata-rata merupakan peminat bola sepak Thailand.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Mungkin Ini 4 Pilihan Perjalanan Liga Malaysia Musim 2020, Piala FA Dapat Lebih Prioriti Berbanding Piala Malaysia.

Stesen TV Vietnam ‘Tidak Mampu’ Bayar Hak Penyiaran Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Yang Terlalu Mahal

Amirul Azhan Tidak Keberatan Buat Servis Penghantaran, AN 23 Char Kuey Teow Terima Sambutan Tinggi