Setiausaha Agung PKNS FC, Md Adi Harmizi Ariffin menyambut baik pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Malaysia Football League (MFL) yang baharu.

Menurut Harmizi, untuk masa ini, Datuk Hamidin merupakan calon yang sesuai untuk menggantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi memastikan perjalanan Liga Malaysia berjalan dengan lancar.

Adi
Sumber Gambar: MFL

“Demi memastikan kelestarian MFL sebagai satu badan yang menguruskan Liga domestik, untuk masa ini Datuk Hamidin merupakan calon yang sesuai.

“Pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai bola sepak tempatan amat tinggi dan luas. Bagi saya bukan sebarang individu yang boleh mengisi kerusi Presiden kerana MFL ada banyak tanggungjawab terhadap pemegang taruh,” kata Adi Harmizi.

Datuk Hamidin Amin
GRAFIK: MFL

Pemilihan Datuk Haji Hamidin itu dibuat selepas pemegang taruh MFL yang terdiri daripada 23 rakan kongsi bersetuju untuk meminda Perlembagaan MFL di mana status jawatan pengerusi ditukar kepada presiden dengan calon untuk menduduki kerusi tertinggi itu adalah di kalangan Ahli Lembaga Pengarah MFL serta tidak terikat dengan mana-mana pasukan atau kelab Liga Malaysia.

Perubahan itu sekaligus menyaksikan Datuk Hamidin dipilih mengambil alih teraju MFL daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Pengerusi MFL sebelum ini.

Baca mengenai pemilihan Datuk Hamidin sebagai Presiden MFL yang baharu di sini:

Datuk Hamidin Dipilih Sebagai Presiden Baharu MFL