Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor berkata pasukan lamanya “tidak pernah tahu bagaimana untuk memaafkan orang lain” atau dalam erti kata lain pendendam.

Adebayor berkata demikian selepas ditanya mengenai Pierre-Emerick Aubameyang yang dibekukan di kelab tersebut kerana kesalahan disiplinnya baru baru ini.

Aubameyang telah dilucutkan jawatan kapten Arsenal pada Disember kerana melanggar disiplin, dan kemudian diketepikan daripada pasukan sebelum berlepas ke Piala Negara-Negara Afrika bersama Gabon.

Dia telah kembali ke Arsenal, tetapi laporan bertiup kencang menyatakan Arsenal mahu melepaskan pemain itu sama ada secara tetap ataupun pinjaman pada jendela perpindahan Januari ini.

Aubameyang mungkin sudah tidak ada tempat lagi dalam skuad Arsenal di bawah kendalian Arteta.

Adebayor, yang bermain untuk Arsenal dari 2006 hingga 2009 sebelum berpindah ke Manchester City, tidak teragak-agak untuk memihak kepada Aubameyang.

“Saya tahu dia telah melalui banyak perkara, kerana itulah Arsenal agar anda semua tahu,” kata Adebayor kepada Sky Sports.

“Mereka tidak pernah tahu memaafkan, jadi saya tahu dia melalui banyak perkara yang sukar. Dia seorang pemain yang hebat, saya mendoakan yang terbaik untuknya – saya sudah menghantar mesej kepadanya.”

“Kami hanya mahu dia bangkit semula. Sama ada suka atau tidak, dia adalah saudara sesama Afrika dan kami mahu dia terus membawa nama Afrika seperti yang dia lakukan sebelum ini.”

Aubameyang akan kembali ke Arsenal untuk penilaian lanjut selepas masalah jantung pasca Covid.

Tempoh perkhidmatan Adebayor di Arsenal berakhir dengan sangat kontroversi pada 2009.

Kemudian, hanya beberapa bulan selepas itu, dia telah meraikan gol di hadapan penyokong Arsenal. Keraian yang sangat kontroversi di mana Adebayor berlari seluruh padang selepas menjadikan kedudukan 3-1 untuk Manchester City ketika menentang Arsenal.

Dan selepas itu dia mendepangkan tangannya di hadapan peminta Gunners yang sangat marah ketika itu. Adebayor dibaling dengan objek.

Selepas tamat perlawanan Adebayor menyatakan dia keliru bahawa zon tersebut merupakan zon penyokong Arsenal.

Pemain berusia 37 tahun itu menyamakan pengalamannya sendiri di Arsenal sebagai sama dengan layanan yang dilakukan Arsenal kepada Aubameyang ketika ini.

Mengenai sama adakah terdapat peluang Aubameyang boleh kembali menyertai Arsenal, Adebayor menambah: “Saya tidak fikir begitu, ini yang saya tahu kerana ia juga berlaku kepada saya.”

“Bukan dengan cara yang sama tetapi di Arsenal, jalan kembali [untuk dia]? Saya akan terkejut [untuk melihatnya kalau benar benar ada].”

“Tetapi dia seorang pemain yang hebat jadi mari kita lihat bagaimana kesudahannya.”

Aubameyang dilaporkan mendapat tawaran dari Arab Saudi selepas Al Hilal menyatakan minat untuk menandatangani penyerang itu dengan perjanjian pinjaman.

Masalah utama Arsenal untuk menjual Aubameyang adalah kerana gajinya yang terlalu tinggi iaitu £350,000 seminggu. Cuma Al Hilal yang ketika ini menyatakan sanggup membayar penuh gaji itu sehingga Jun.

Namun Aubameyang tidak berminat dengan tawaran tersebut.

Aubameyang lebih memilih untuk terusk kekal di Eropah. Kelab seperti Juventus dan Paris Saint-Germain antara kelab yang memantau situasinya.