Emmanuel Adebayor menyatakan bahawa, beliau tidak yakin Real Madrid akan mampu melepasi pusingan 16 akhir kali ini.

Beliau berpendapat bahawa Real Madrid kali ini ada peluang tipis sahaja untuk mara.

Real Madrid merupakan juara La Liga pada musim ini. Luka Modric menyatakan Real Madrid mampu mencapai lebih banyak kejayaan tanpa Cristiano Ronaldo sekalipun.

Adebayor yang pernah menyarung jersi kedua dua pasukan merasaka tugasan berat menanti Zidane dan para pemainnya untuk mengatasi defisi 2-1 daripada perlawanan pertama.

Adebayor berkata: “Jika kamu tanya saya soalan ini 2 tahun lalu, saya akan kata, Ya Madrid mampun mengatasi defisit pada perlawanan kedua.”

“Madrid ketika itu akan menjadi pasukan pilihan kerana ada Cristiano.”

“Pada masa itu, mereka ada mesin gol iaitu Cristiano.”

“Ronaldo boleh memberikan perbezaan dalam sebarang momen dan dia memberikan pasukan 50 gol semusim.”

“Mereka kalah perlawanan pertama dan ini akan menjadi perlawanan yang sangat sukar tanpa penyokong dan berdepan dengan Manchester City, serta cuaca.”

“Namun saya tak kata ini mustahil.”

“Madrid ada ramai pemain berpengalaman seperti Marcelo, [Karim] Benzema, [Thibaut] Courtois dan mereka sudah biasa bermain dalam peringkat setinggi ini.”

Adebayor kemudian menembak Real Madrid yang disifatkannya tidak begitu menghargai Cristiano Ronaldo, sedangkan pemain itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan mereka.

“Tanpa Cristiano, Madrid tahu apa yang mereka telah hilang. Dan saya yakin mereka boleh menang perlawanan seperti ini jika Cristiano masih ada bersama dengan mereka.”

0_Real-Madrid-v-Real-Sociedad-La-Liga

“Bukan mudah mereka nak mendapat pemain seperti Ronaldo. Mungkin ianya muncul sekali dalam 200 tahun.”

Adebayor memuji prestasi Benzema yang sudah melepasi angka 20 gol semusim sejak dua musim terakhir.

Ianya adalah penting untuk menampung kekurangan yang ditinggalkan Ronaldo.

Baca juga perkembangan lain

Drogba Cabar Jawatan Presiden FIF, Mahu Selamatkan Semula Bola Sepak Ivory Coast Yang Kian Lumpuh

Bartomeu Beritahu Penyokong Barca Bahawa Lautaro Dan Neymar Tak Akan Datang

TERKINI: Impak Covid Antara Alasan Pihak Saudi Tarik Diri Daripada Beli Newcastle