Pemain tengah Filipina, Adam Michael Reed kini bukan lagi pemain UiTM FC apabila beliau disahkan telah menandatangani kontrak dengan kelab dari negara itu, United City FC.

Adam hanya sempat beraksi dalam 2 perlawanan Liga Super menentang Terengganu dan Penang. Difahamkan penamatan kontraknya pada musim ini adalah atas persetujuan bersama dengan pihak UiTM yang kini hanya tinggal 4 pemain import.

Kehadiran Adam dalam pasukan United City adalah untuk membantu pasukan itu memperkuatkan jentera tengah bagi menghadapi saingan AFC Champions League pada musim ini.

United City berada dalam kumpulan I bersama kelab Jepun, Kawasaki Frontale, dan kelab China. Beijing Guon. Satu lagi kelab akan ditentukan kemudian sama ada Daegu FC atau Chiangrai United.

Selain Adam Reed, kelab tersebut turut menandatangani bekas pemain Penang dan PJ City, Mark Hartmann dan bekas pemain import Kedah, Amin Nazari. Mereka turut mengumpulkan beberapa bintang Filipina yang beraksi di luar negara.

Sebelum pulang ke negaranya, pemain yang berusia 29 tahun itu turut menjadi kecaman warga maya kerana sengaja menghulurkan ‘penerajang’ sehingga menyebabkan pertahanan Penang itu jatuh dilihat sepatutnya menerima kad merah.

Ramai peminat bola sepak tempatan tidak berpuas hati apabila Adam Reed ‘terlepas’ dengan hanya dilayangkan kad kuning, walaupun jelas apa yang beliau lakukan itu merbahaya dan disengajakan.

Untuk membaca lebih lanjut, sila rujuk pautan artikel dibawah,

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil

Piala Malaysia 2020: Adam Reed Hampir Pasti Terlepas Aksi Bertemu Kedah