Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Adam Nor Azlin menyatakan beliau tidak merasa goyah sekiranya Marcel Kalonda menyarung jersi pasukan negara.

Sekiranya Kalonda dapat membuktikan bahawa beliau ada pertalian darah dengan Malaysia, pemain pertahanan Zesco United itu dijangka terus diserap masuk ke dalam skuad negara.

Adam Nor
Sumber Gambar: Zesco United

Adam melihat perkara ini sebagai hal positif dan beliau bersedia untuk bersaing dengan Kalonda bagi mengisi kesebelasan utama pasukan negara.

“Siapa pun pemain yang hadir dalam skuad kebangsaan, saya perlu bersikap profesional dan menghormati keputusan ketua jurulatih. Mungkin coach (Tan Cheng Hoe) mengambil beliau kerana dilihat mampu untuk membantu pasukan.

“Tidak mustahil untuk saya bersaing meskipun ada pemain lain seperti Shahrul Saad, Aidil Zafuan, Irfan Zakaria dan Dominic Tan. Ini adalah persaingan yang sihat.

“Semua pemain mahu berada dalam kesebelasan utama. Tetapi saya perlu akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh jurulatih. Saya perlu meningkatkan kualiti dan memberi komitmen penuh kepada pasukan negara,” kata Adam Nor Azlin menurut laporan Astro Awani.

Adam Nor
Sumber Gambar: FAM

Kalonda telah menghantar dokumen yang diperlukan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi badan induk itu menilai sama ada beliau layak beraksi bersama skuad Harimau Malaya atau sebaiknya.

Namun, FAM memerlukan dokumen tambahan daripada pemain berusia 22 tahun itu bagi membuat penilaian dengan lebih lanjut.

Baca artikel lain mengenai Marcel Kalonda di sini:

“Macam Saya Cakap Sebelum Ini Datuk Saya Berasal Dari Malaysia, Bapa Saya Pun Dari Malaysia Juga.” – Marcel Kalonda

Marcel Kalonda Serah Dokumen Rasmi Berhubung Latar Belakang Kepada FAM

Marcel Kalonda Nafi Lahir Di Malaysia, Akui Datuk Berasal Dari Sabah