Pemain muda negara terus mendapat tempat di kelab Eropah apabila baru-baru ini pemain pertahanan, Adam Hamid menandatangani kontrak bersama kelab divisyen dua Liga Serbia iaitu FK IMT.

Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad dimana IMT menjadi kelab kedua Adam di Serbia dimana sebelum ini beliau beraksi bersama pasukan muda Red Star Belgrade.

Ketika di Belgrade, Adam beraksi dengan seorang lagi pemain muda negara iaitu Omar Raiyyan Kamal Azlan yang bermain di posisi tengah.

Kedua-dua pemain bahkan pernah dipertimbangkan untuk diserap masuk dalam skuad B-19 tahun negara namun hasrat tersebut masih belum menjadi kenyataan.

FK IMT ketika ini berada di tangga ketiga dalam carta liga, lima mata dibelakang pasukan tangga kedua iaitu Kabel dan 13 mata di belakang pendahulu, FK Radnički 1923.

Dua pasukan teratas akan layak beraksi di saingan divisyen pertama iaitu Serbian Super Liga musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai pemain muda Malaysia yang beraksi di Eropah di sini:

Omar Raiyan Tersenarai Dalam Skuad B-17 Red Star Belgrade Hadapi Musim 2020/2021

Senarai Pemain Muda Malaysia Yang Beraksi Di Eropah

Luqman Berada Dalam Senarai Pemain Simpanan Skuad KV Kortrijk Hadapi Perlawanan Persahabatan Menentang KV Oostende