Pemain muda Malaysia yang beraksi di luar negara berada dalam radar skuad B-20 tahun negara bagi mengharungi saingan kelayakan AFC B-23 Tahun yang dijadualkan bermula pada 27 hingga 31 Oktober 2021 di Ulaanbaatar.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pemain seperti Omar Raiyan yang beraksi di Serbia bersama Red Star Belgrade dan Adam Hamid yang baru sahaja menyertai kelab Bosnia Herzegovina, NK Zvijezda Gradacac.

Selain itu, pengendali skuad B-20 tahun negara, Brad Maloney turut mengesahkan dua pemain yang beraksi bersama skuad senior sebelum ini, Luqman Hakim dan Arif Aiman turut berada dalam perancangan beliau untuk dibawa ke Mongolia.

Maloney akan berbincang terlebih dahulu dengan ketua jurulatih skuad senior, Tan Cheng Hoe sama ada Luqman berada dalam perancangan Cheng Hoe atau sebaliknya.

Jika Luqman tiada dalam perancangan Cheng Hoe, maka Brad akan memanggil pemain KV Kortrijk itu untuk memperkuatkan jentera serangan bersama Arif.

Pasukan negara diundi dalam kumpulan J bersama dua pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Laos dan Mongolia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Kelayakan AFC B-23: 8 Pemain Yang Boleh Dipanggil Sertai Skuad B-20 Tahun

FAM Hantar Skuad Bawah 20 Tahun Hadapi Kelayakan Piala Asia B-23 Di Mongolia

MA Ranking: JDT Raih 4 Mata Berharga Bantu Malaysia Kekalkan Slot AFC Champions League Musim 2023