Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perlawanan Liga Super Malaysia LS4 diantara JDT bertemu Selangor semalam telah menarik ramai peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikannya.

Berakhir dengan keputusan seri 1-1 dimana kedua-dua gol dijaringkan dalam 15 minit pertama permainan, JDT terlepas 2 peluang keemasan untuk mencatatkan kemenangan apabila sepakan penalti Cabrera dan Bergson gagal menerjah jaring.

Tiada sebarang bantahan mengenai kedua-kedua penalti yang diberikan kerana ia jelas, tetapi sepakan penalti ke-2 oleh Bergson itu mungkin memerlukan penelitian dari pihak yang pakar.

Ketika Bergson hendak menendang bola, kedudukan kedua belah kaki penjaga gol Selangor iaitu Khairulazhan dilihat telah ‘keluar’ dari garisan gol.

Mengikut peraturan Laws of the Game (LOTG), sekurang-kurangnya kedudukan sebelah kaki penjaga gol perlu berada diatas garisan gol ketika sepakan penalti diambil pihak lawan.

LOTG1

LOTG

Untuk bacaan lanjut, sila klik pautan disini.

Disini tiada sebarang ‘argument’ keatas pemain kedua-dua pasukan tetapi lebih terarah kepada penjaga garisan yang mungkin memiliki ‘view’ yang lebih jelas.

EwsqsSIVoAQoNye

Berdasarkan ulang tayang televisyen, kelihatan kedua-dua kaki Khairulazhan tidak menyentuh garisan gol. Pengulas perlawanan Syed Adney yang juga bekas penjaga gol kebangsaan turut menyatakan perkara yang sama pada ketika itu.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Kita perlu faham bahawa apa pun yang berlaku selepas perlawanan tidak akan mengubah keputusan seri itu, tetapi lebih bersifat pembelajaran untuk kita perhatikan dalam perlawanan bola sepak.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil

Pengarah Teknikal Tidak Boleh Pegang 2 Peranan, Siapa Sebenarnya Ketua Jurulatih Selangor FC 2?

Dollah Salleh: “Saya Sangat Berpuas Hati Dengan Lee Tuck, Tukar Posisi Herold Goulon Atasi Kelemahan Pertahanan.”

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group