Jose Mourinho gembira dengan kemenangan besar dicatatkan pasukannya ke atas Burnley pada Ahad. Ianya sekaligus mengakhiri rekod buruk Spurs dengan 5 kekalahan daripada 6 perlawanan terakhir.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut Mourinho pasukannya sangat sangat memerlukan 3 mata pada ketika ini.

Dan beliau memberikan komen tentang Gareth Bale. Bale menjaringkakn gol seawal 67 saat daripada wisel permulaan.

Pada minit ke-15, Bale melakukan hantaran jauh yang cantik untuk membantu Kane mencetak jaringan. Lucas Moura menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat.

Separuh masa kedua, pada minit ke-55 Bale menambah gol peribadi keduanya dan yang kempat untuk Spurs dalam perlawanan ini.

Mourinho memuji kualiti Bale sambil menyindir Zinedine Zidane.

“Gareth adalah seorang pemain yang sangat berpengalaman dan dia tahu tentang fizikalnya dengan baik.”

“Ianya pasti bagus untuk menyatakan bahawa saya telah menguruskan dia sebaiknya, namun saya bukan jenis seperti itu.”

“Saya sangat gembira untuknya. Dan tiada seorang pun pengurus di dunia ini yang tidak mahu menurunkan Gareth Bale apabila dia cergas.”

“Sekarang dia sudah cergas. Dia membawa sesuatu ke dalam permainan. Dia bermain sangat baik dan kondisinya sangat bagus.

Bale kini berada dalam prestasi yang sangat memberangsangkan. Di mana dalam 4 penampilan terakhirnya, Bale sudah menjaringkan 4 gol dan 3 assist.

Sebelum ini Mourinho pernah membuat kenyataan agak panas tentang Bale. Di mana beliau menyatakan Bale telah menilai kecergasannya sendiri dan memuat naik status IG yang tidak bertepatan dengan situasi sebenar.

Kini segalanya nampak sudah jernih di kem Spurs.

Kemenangan ini meletakkan Spurs kini berada di tangga kelapan dengan hanya dibezakan 1 mata dari Everton.

Baca juga perkembangan lain

Solskjaer Kritik Pengadil & Frank Lampard: “2 Mata Kami Dirompak”

EPL: Pepe, Willian Cemerlang Bantu Arsenal Bangkit Benam Leicester

Kenyataan Mbappe Ini Berpotensi Ancam Kedudukan Hazard