Isu mengenai status Mohamadou Sumareh bersama pasukan Pahang FA semakin panas berikutan timbul satu kenyataan dimedia sosial bahawa kontrak beliau bersama pasukan Tok Gajah terbatal selepas klausa 8.7 diaktifkan.

Apakah klausa 8.7 tersebut sebenarnya? Ramai yang mula mencari maklumat mengenai perkara ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Kami ada menerima maklumat bahawa klausa tersebut menyatakan seperti dibawah ini.

Kontrak ini  boleh ditamatkan tanpa apa-apa kesan(sama ada pembayaran pampasan atau pengenaan sekatan kesukanan) jika Pemain tidak menerima gajinya lebih dari satu kali. Pemain mesti:

  • Setelah tidak dibayar gaji lebih daripada satu kali, Pemain akan menulis surat kepada Setiausaha Kelab atau Pengurus menyatakan hasratnya untuk menamatkan kontrak.;
  • Selepas menyatakan hasratnya untuk menamatkan kontrak, Pemain berhak untuk berunding dengan mana-mana kelab baru, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada Kelab semasa. Dalam kes sedemikianm Kelab akan melepaskan Pemain ke Kelab Baharu dan melepaskan sijil perpindahan pemain (SPN) tanpa syarat sebaik sahaja kontrak itu ditamatkan dan tiada pampasan atau bayaran pemindahan lanjut boleh dikenakan kepada Kelab Baharu.

Sejauh mana kebenaran mengenai klausa ini masih menjadi tanda tanya, tetapi melihat kepada situasi dan apa yang berlaku diantara Pahang FA dan Sumareh, ia lebih cenderung ke arah positif kepada pemain.

Apa pun sama-sama kita nantikan kesudahan isu ini dan diharapkan semua akan berakhir dengan sebaik mungkin.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Sumareh Sudah Tiada Hati Bersama Pasukan Pahang, Ini Pesan Pengurus Pasukan Untuk Penyokong Tok Gajah

Pemilik Kelab Port FC Ini ‘Steady’ Derma RM29,747 Tanpa Syarat Kepada 72 Buah Kelab T3 League

Kerteh FC Jana Hampir RM55,000 Hasil Jualan 1,078 Helai Jersi Pasukan Dalam Tempoh 7 Bulan Sahaja

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group