Selepas beberapa artikel dikeluarkan terutama berkaitan dengan isu ‘double contracts’ pemain-pemain dalam saingan Liga Malaysia, sudah ada pihak tertentu yang mula panas bontot mengenai isu tersebut yang disifatkan sebagai mengacau periuk nasi orang.

Penulis secara peribadi telah menerima mesej ‘nasihat’ dari pihak tersebut yang dipastikan hanya menggunakan fake profile supaya tidak terlalu bersungguh-sungguh mendedahkan lebih dalam isu double contracts ini kepada umum.

Minggu lalu, isu double contracts ini kembali menjadi perhatian ramai selepas beberapa media lain juga turut mendedahkan kepincangan dalam industri bola sepak Malaysia ini sehingga mendapat perhatian dari pihak tertinggi FAM sendiri.

Disebabkan kewujudan kesedaran yang mungkin lebih tinggi dari kalangan penyokong khususnya membuatkan ada pihak atau individu tertentu yang kelihatan kurang senang isu sebegini dimainkan kerana mungkin mereka bimbang pendapatan mereka terjejas atau mula takut dengan tindakan salah yang mereka sendiri ambil sejak sekian lama.

Dengan kewujudan tindak balas seperti ini ia sebenarnya mencerminkan atau mengesahkan kewujudan isu double contracts ini dalam musim semasa dan kita bukan bercakap mengenai perkara lampau dalam bola sepak Malaysia.

Sedar atau tidak, isu ini juga sebenarnya merupakan penyumbang terbesar kepada permasalahan gaji dalam Liga Malaysia yang tidak pernah habis saban musim selain turut menjadi pengaruh besar kepada pemain-pemain muda lain yang baru terjun ke dalam realiti bola sepak sebenar.

Nota: Timbul persoalan bagaimana mereka yang memiliki kontrak sebegini menunaikan zakat pendapatan mereka berdasarkan jumlah dalam kontrak 1 sahaja atau jumlah keseluruhan yang diterima, terutama yang beragama Islam.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

‘The Hard Truth’: Perspektif Peribadi Pemain Mengenai Isu ‘Double Contracts’ Dalam Liga Malaysia

Percayalah ‘Double Contracts’ Antara Faktor Sistem Gaji Siling Tidak Akan Berjaya Dilaksanakan

FAM Tidak Mengiktiraf “Double Contract”