Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti yang diketahui bakal menggunakan stadium baharu mereka mulai musim 2020, Stadium Sultan Ibrahim, selain sudah memiliki ibu pejabat sendiri untuk beroperasi dengan lebih efisyen.

TMJ dalam sesi ‘live’ semalam menjelaskan bahawa JDT masih mempunyai 3 buah projek yang akan dilaksanakan selepas selesai pembinaan Stadium Sultan Ibrahim bagi melengkapkan fasiliti-fasiliti sedia ada serta membina fasiliti baru untuk kegunaan pasukan.

1006-stadium-sultan-ibrahim-3-e1573054053639

Perkara ini jelas seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Alistair Edwards baru-baru ini dimana apa yang sedang berlaku ketika ini hanya 40% sahaja dari perancangan sebenar kelab Harimau Selatan itu.

Pembinaan Pusat Perubatan, Pusat Latihan Bersepadu Dan Hotel Pasukan

“JDT ada 3 lagi projek yang masih belum dilaksanakan. Secara asasnya, 3 projek tersebut adalah pusat perubatan atau recovery center, kedua adalah JDT Hotel.

Kemudahan hotel ini menurut TMJ lagi boleh digunakan oleh pasukan lawan yang bertandang ke Johor selain akan digunakan oleh para pemain JDT sendiri sehari sebelum perlawanan berlangsung.

“Kemudian yang ke-3 adalah pusat latihan. Pusat latihan yang baru dan besar bagi semua pasukan JDT dalam satu kawasan.

“Jadi ini adalah 3 projek yang masih belum dilaksanakan, tidak akan disiapkan dalam masa terdekat kerana tahun depan kita akan (siapkan) stadium dulu dan pusat perubatan, dan saya harap selepas itu pusat latihan dan juga hotel.

EIs2AUuW4AEqnGU
Keadaan semasa Stadium Sultan Ibrahim.

Apabila diajukan soalan mengenai pusat perubatan, TMJ menjelaskan bahawa JDT kini sudah pun memiliki kepakaran dan kelengkapan, namun TMJ sendiri mahu melihat JDT memiliki satu bangunan khas untuk pusat perubatan di masa depan.

Ini adalah 3 perancangan masa panjang yang dinyatakan oleh TMJ dalam sesi tersebut yang dilihat bakal menambahkan nilai aset pasukan JDT sebagai kelab terbaik di Malaysia.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah sebagai rujukan.

Buka Peluang Bagi Pemain Muda, JDT II Akan Lepaskan 16 Pemain Pada Musim 2020 Dan Jimat RM5.6 Juta

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal