Pasukan Selangor FC dilihat akan menggunakan 2 pemain import muda berasal dari Ghana diposisi penyerang dan juga pertahanan selepas Accra Lions FC mengumumkan 2 pemain itu akan dipinjamkan ke skuad Gergasi Merah.

Menurut laman Twitter Accra Lions FC, George Attram yang bermain diposisi penyerang berusia 20 tahun dan Jordan Ayimbila dibahagian pertahanan berumur 19 tahun itu akan beraksi dengan pasukan Selangor II dalam saingan Liga Premier.

Pengurus Accra Lions FC, Ishmael Hamidu berkata kerjasama dengan pasukan Selangor ini adalah sebahagian dari strategi mereka untuk membangunkan Accra Lions FC sebagai sebuah jenama yang diiktiraf secara global.

Menurut laman web rasmi kelab Accra Lions FC, ini adalah kali pertama pemain mereka menyertai kelab dari Asia selepas menyaksikan ramai pemain berhijrah ke eropah beberapa tahun kebelakangan ini.

Accra Lions FC adalah sebuah kelab yang berpangkalan di Timur Legon, Accra dan beraksi dalam saingan Ghana Division One iaitu liga tier ke-2 disana. Tinjauan kami dilaman web rasmi mereka juga mendapati bahawa Sporting Director kelab ini adalah Rainer Kraft yang berasal dari Jerman.

accra

Berkemungkinan besar ini adalah berkait rapat dengan hubungan baik diantara Pengarah Teknikal Selangor FC iaitu Michael Feichtenbeiner dan membuka ruang bagi kerjasama ini berlaku.

Dari apa yang diberitahu, semua pemain import pasukan Selangor FC II adalah berusia bawah 21 tahun dan setakat ini sudah 3 orang pemain ditandatangani termasuk seorang pemain muda dari Myanmar berusia 20 tahun iaitu Hein Htet Aung.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

“Persepsi Mereka Tengok Aku Datang Sebab Publisiti, Bola Pun Orang Tak Nak Pass.” – Hidetoshi Nakata

Pendapatan Kelab J1 League Bernilai RM3.48 Bilion, Hasil Merchandise Hanya Menyumbang 8.81% Sahaja

Kelab Kemboja Ini Berjaya Raih ‘Sumbangan’ Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Kurang 10 Hari