Pemain pertahanan kiri tersohor Thailand, Theerathon Bunmathan yang kini sedang beraksi bersama juara bertahan J1 League, Yokohama F Marinos disahkan tersenarai dalam skuad itu bagi kejohanan AFC Champions League 2020.

Penyenaraian Theerathon Bunmathan itu adalah cukup menarik apabila pihak Yokohama F Marinos memilih untuk mengetepikan seorang lagi pemain mereka Park Il-Gyu yang merupakan warga Korea Selatan.

3 lagi slot pemain import Yokohama F Marinos untuk kejohanan AFC Champions League 2020 telah diisi oleh trio dari Brazil iaitu Marcos Jr., Erik Lima, and Tiago Martin melengkap kuota 3+1 yang dibenarkan oleh pihak AFC bagi kejohanan itu.

Screenshot 2020-02-07 at 1.26.59 AM

Park Il-Gyu adalah pemegang pasport Korea Selatan walaupun beliau dilahirkan di Jepun, membesar, sekolah dan menamatkan pengajian universiti di Jepun. Karier bola sepak beliau juga semua di Jepun, dan tidak pernah beraksi untuk mana-mana kelab dari Korea Selatan.

Ini juga membuktikan bahawa kehadiran Theerathon di Yokohama F Marinos adalah bukan sekadar pelengkap dan medium jualan barangan rasmi kelab dari Jepun itu semata-mata.

Skuad Yokohama F Marinos akan memulakan kempen AFC Champions League 2020 ini pada 12 Febuari 2020 apabila mereka akan berdepan dengan juara saingan K.League 1 iaitu Jeonbuk Hyundai Motors di tempat lawan sebelum menerima kunjungan Sydney FC di Nissan Stadium pada minggu berikutnya.

Baca juga artikel menarik mengenai bola sepak Jepun yang tidak dikeluarkan dimana-mana laman web lain di Malaysia.

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi

56,025 Penonton Hadir Ke Stadium Menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun

Lihat 2 Slot Pengiklanan Di Stadium Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang.