3 hari menjelang saingan pusingan kelayakan 2 play-off AFC Champions League 2020, skuad Kedah FA yang akan menerima kunjungan wakil pasukan dari Hong Kong, Tai Po FC mungkin boleh menarik nafas lega apabila pasukan itu kini berada dalam momentum yang agak buruk dalam saingan bola sepak domestik.

Semalam, pasukan yang diketuai oleh bekas pemain import Pahang FA, Zesh Rahman iaitu KC Southern berjaya menewaskan Tai Po FC 4-2 dalam perlawanan ke 8 Hong Kong Premier League, menjadikan ia kekalahan ke 5 berturut-turut kelab itu dalam semua pertandingan.

Berdasarkan rekod, Tai Po FC sebelum ini tewas berturut-turut semua 3 perlawanan Hong Kong Premier League dan 2 lagi adalah kekalahan dalam kejohanan Hong Kong Sapling Cup.

82322746_2699083450171592_7153807638294167552_o

Jika data diambil berdasarkan perlawanan liga sahaja, Tai Po FC mencatatkan 3 kekalahan dari 5 perlawanan terakhir liga yang telah bermula sejak 30 Ogos 2019 lagi.

Melihat kepada kedudukan liga Hong Kong Premier League 2019-2020, Tai Po FC kini menghuni tangga ke 6 dari 10 pasukan bertanding, mencatat 2 kali menang, 3 kali seri dan 3 kali kalah mememungut 9 mata.

82206522_3008947725804351_883179120123445248_o

Berbanding pasukan Kedah FA pula, mereka baru sahaja pulang beberapa hari dari siri jelajah pra-musim di Phnom Penh bertemu dengan 5 buah pasukan di sana sebagai rangka persiapan menghadapi perlawanan pada 21 Januari 2020 khususnya.

Dengan catatan 4 kemenangan dan hanya tewas sekali di Kemboja pastinya para pemain Aidil Sharin memiliki momentum dan motivasi yang baik untuk turun mengatasi cabaran pasukan Tai Po FC di Stadium Darul Aman nanti seterusnya menempah tiket ke Korea Selatan untuk bertemu FC Seoul dalam pusingan play-off AFC Champions League 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Gara-Gara ‘Leak’ LOTTO Malaysia Nafi Mahu Tarik Penajaan Kedah FA, Serah Bukti Kepada Peguam Untuk Tindakan

Pemain Naturalisasi Liga Vietnam Ini Dipenjara 16 Tahun Selepas Bersalah ‘Scam’ Perempuan Tempatan

Umpanan Padu Bekas Pemain Oita Trinita Ini Bakal Dinikmati Norshahrul Idlan Talaha Di BG Pathum United