Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal membuat penampilan sulung dalam pusingan kalah mati AFC Champions League (ACL) menentang bekas juara dari Jepun, Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama pada pukul 7.00 malam ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Ini merupakan kali pertama kelab Malaysia bersaing di peringkat 16 terbaik dalam saingan peringkat elit Asia.

Memandangkan ia merupakan perlawanan penting, pengendali JDT, Hector Bidoglio dijangka akan menurunkan barisan yang sama ketika perlawanan Liga Super menentang Terengganu pada 10 Ogos lalu.

Ramalan kesebelasan utama JDT (Formasi: 4-2-1-3)

Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan di laman sosial JDT, Hector mengesahkan mereka tidak dapat menggunakan khidmat pemain import tengah, Leandro Velazquez kerana telah digantung untuk perlawanan ini. Namun, ia bukannya masalah besar kerana JDT masih mempunyai beberapa pemain berkualiti di posisi tersebut.

Walaupun Natxo Insa kembali berlatih setelah hampir sebulan tidak bermain, namun khidmatnya pasti diperlukan untuk menguatkan jentera tengah berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki oleh pemain tersebut.

Pemain pertahanan naturalisasi Indonesia, Jordi Amat kemungkinan akan membuat penampilan sulung tetapi gandingan Shane Lowry dan Shahrul Saad menjadi pilihan untuk posisi pertahanan tengah berdasarkan jumlah minit permainan dalam Liga Super.

Penjaring terbanyak Liga Super ketika ini, Bergson Da Silva sudah pasti menjadi pilihan utama untuk mengetuai bahagian serangan dibantu oleh dua pemain sayap lincah, Fernando Forestieri dan Arif Aiman.

Ramalan kesebelasan utama Urawa Red Diamonds (Formasi: 4-3-3)

Berdasarkan corak persembahan mereka dalam saingan J. League musim ini, Urawa Red Diamonds lebih gemar bermain dengan corak hantaran pendek dan ‘high pressing’ untuk memberikan tekanan kepada lawan.

Pengendali kelab itu, Ricardo Rodriguez dijangka akan menggunakan formasi 4-3-3 dalam perlawanan menentang JDT. Di bahagian pertahanan, mereka bakal diperkuatkan oleh pemain kebangsaan Jepun, Hiroki Sakai berganding dengan Takahiro Akimoto, Takuya Iwanami serta pemain import dari Denmark, Alexander Scholz.

Manakala gandingan Ken Iwao dan Atsuki Ito menjadi pilihan untuk posisi tengah dibantu oleh Ataru Esaka. Ketiga-tiga pemain ini memiliki jumlah minit permainan yang banyak dalam J. League dan juga tonggak penting pasukan tersebut.

Urawad Red Diamonds juga mempunyai pemain sayap kanan berkualiti dari Sweden, David Moberg yang kini merupakan antara penjaring terbanyak J. League. Beliau mampu memberikan ancaman berbahaya kepada JDT jika tidak dikawal dengan ketat.

Walaupun Moberg mampu beraksi di bahagian sayap kiri, namun bekas pemain skuad B-23 Jepun, Takahiro Sekine bakal mengisi posisi tersebut untuk membantu penyerang utama, Kasper Junker.

Rekod jaringan Kasper dalam saingan J.League tidak begitu memuaskan, tetapi beliau pernah mencipta hatrik dalam perlawanan menentang Yokohama F. Marinos pada bulan Mei lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

ACL 2022: Jurulatih Urawa Red Diamonds Terkejut Dengan Peningkatan Mendadak JDT

KL City Berpeluang Ke Final Antara Zon Jika Dinobatkan Juara Zon ASEAN Piala AFC

Benjamin Mora Calon Jurulatih Baharu Persib Bandung Dan Lion City Sailors?

FIFA Gantung India Kerana Campur Tangan Pihak Ketiga