Pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora kemungkinan akan menggunakan khidmat Izham Tamizi atau Haziq Nazli di posisi penjaga gol bagi menggantikan tempat Farizal Marlias yang mengalami kecederaan di kepala baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, keputusan sama ada Farizal akan beraksi atau sebaliknya bergantung pada sesi latihan terakhir JDT malam ini sebelum hadapi perlawanan pertama AFC Champions League (ACL) musim 2022 menentang Guangzhou FC esok.

“Belum pasti lagi. Kita akan lihat keadaannya ketika sesi latihan sebelum aksi menentang kelab dari China itu malah Farizal sudah pulih dan dia akan turun beraksi. Apapun belum 100 peratus pasti boleh beraksi pada perlawanan pertama ACL,” katanya pada sidang media.

Guangzhou FC yang beraksi dalam Liga Super China mengambil keputusan untuk menghantar pemain muda berusia bawah 22 tahun berdasarkan senarai barisan pemain yang didaftarkan untuk saingan ACL 2022. Pasukan ini akan dibimbing oleh pembantu jurulatih skuad utama, Pan Yonghe.

Menurut sumber dari media China, Guangzhou FC tidak dapat menghantar skuad utama untuk mengelakkan daripada jangkitan wabak COVID-19 dan mereka terlibat dengan jadual padat perlawanan Liga Super China (CSL).

Bagaimanapun, Mora tidak mahu pemain JDT memandang rendah pada Guangzhou walaupun mereka menurunkan skuad kedua.

“Saya tidak anggap ia mudah kerana mengenali Guangzhou FC yang memiliki akademi bolasepak terbaik di Asia sudah tentu mereka memiliki pemain berkualiti dan kami harus berwaspada dengan ancaman `anak muda’ dari China itu dan tidak boleh pandang rendah prestasti pasukan lawan,” kata Mora.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Skuad Kawasaki Frontale Termasuk Chanathip Songkrasin Sudah Tiba Di Johor Bahru

Tiket Menonton Perlawanan ACL 2022 Mula Dijual Kepada Umum Hari Ini

Shanghai Port Tarik Diri Daripada ACL 2022, Hanya Tiga Pasukan Tempat Kedua Terbaik Mara Ke Pusingan 16