Skuad Harimau Selatan sudah tiba di Tokyo sejak semalam untuk menghadapi perlawanan penting pusingan kalah mati AFC Champions League (ACL) menentang Urawa Red Diamonds yang bakal berlangsung di Stadium Saitama pada 19 Ogos ini jam 7.00 malam waktu Malaysia.

Mereka tiba lebih awal bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan bersiap sedia dari segi mental serta fizikal. Jepun juga akan jadi rumah semua perlawanan di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Ketika dibimbing oleh Benjamin Mora, kelab tersebut mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara kumpulan I selepas mengutip 13 mata. Kemenangan JDT itu tidak mudah kerana mereka ditempatkan bersama pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan juara J-League, Kawasaki Frontale.

Kini skuad Harimau Selatan dikendalikan oleh jurulatih baharu iaitu Hector Bidoglio dan mereka mempunyai misi melakar satu lagi sejarah dengan mara ke peringkat suku akhir. Seramai 35 pemain telah disenaraikan kali ini dan turut disertai oleh pemain import baharu seperti Jordi Amat dan Levy Madinda.

Bagi memperkuatkan jentera pertahanan kiri, JDT turut membawa pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting. Malah, pemain muda berbakat, Daryl Sham turut dipilih menyertai skuad utama dalam saingan ACL.

Paling mencuri tumpuan peminat ialah kehadiran pemain naturalisasi dari Brazil, Guilherme De Paula yang disenaraikan sebagai ‘backup plan’ jika penyerang utama, Bergson Da Silva mengalami kecederaan. Walaupun kelibatnya jarang kelihatan dalam saingan Liga Super musim ini namun De Paula juga sempat beraksi bersama skuad JDT II untuk meningkatkan tahap kecergasannya.

Secara keseluruhan, JDT mempunyai barisan pemain yang cukup berkualiti dan berpengalaman di pentas antarabangsa. Diadun dengan taktikal Hector Bidoglio, Harimau Selatan dijangka tiada masalah untuk mengejutkan Urawa Red Diamonds kerana mereka juga pernah menewaskan kelab J-League, Kashima Antlers dan seri tanpa jaringan dengan Kawasaki Frontale.

Kemenangan JDT juga bakal menambahkan lagi jumlah mata dalam ranking MA AFC sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan di tangga ke-4 asia dibelakang Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.

Semoga berjaya Harimau Selatan. Luaskan kuasamu!

Baca artikel lain mengenai perkembangan ACL 2022 melalui pautan dibawah.

Urawa Red Diamonds Jadikan Aksi Persahabatan Dengan PSG Sebagai Persiapan Lawan JDT

ACL 2022: Aksi Dramatik Minit Akhir Pastikan JDT Lakar Sejarah Baharu

ACL 2022: Tewas Kepada Kelab Asean, Media Korea Anggap K League Dipermalukan