Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin merasa terkilan kerana pasukannya, Kawasaki Frontale gagal melepasi peringkat kumpulan saingan AFC Champions League (ACL) 2022.

Dipetik dari perkongsian J Football Now di laman media sosial Twitter, Chanathip berpuas hati dengan prestasinya dalam saingan ACL namun kecewa Kawasaki hanya mampu menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

“Bagi saya, prestasi saya baik berbanding ketika pertama kali datang ke Kawasaki tapi sudah pasti saya kecewa kerana kami tidak dapat melangkah ke pusingan seterusnya. Saya sangat kecewa.

“Saya rindu beraksi di peringkat ACL. Ketika saya beraksi bersama Consadole Sapporo, kami ada sasaran untuk layak ke saingan tersebut namun gagal untuk mencapainya.

“Bersama Kawasaki saya mempunyai peluang untuk tampil di ACL. Saya rasa semua pemain di Asia mahu beraksi di kejohanan ini,” kata kata Chanathip

Kawasaki Frontale
Sumber Gambar: Changsuek

Kawasaki Frontale bergantung pada slot tempat kedua terbaik dalam kumpulan selepas wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah muncul sebagai juara kumpulan I apabila mengejutkan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir kumpulan.

Namun, hasrat mereka untuk mara ke pusingan kalah mati itu berkecai apabila kedudukan terkini menyaksikan kelab itu gagal memintas kelab Australia, Melbourne City dan kelab Hong Kong, Kitchee FC untuk merebut satu lagi slot terakhir tempat kedua terbaik.

Ia berpunca daripada kekalahan 2-3 mereka kepada Ulsan Hyundai walaupun mencatat kemenangan besar ke atas JDT 5-0 beberapa hari lalu. Sebarang keputusan menentang pasukan tercorot iaitu Guangzhou FC tidak dikira.

Ketiadaan Shanghai Port yang menarik diri daripada saingan ACL musim ini ekoran masalah perintah sekatan kerana pandemik COVID-19 jelas memberi kesan dalam penentuan 16 pasukan yang mara ke pusingan kalah mati.

Untuk menentukan tiga kelab terbaik di tempat kedua yang layak ke Pusingan 16, keputusan perlawanan membabitkan pasukan yang berada di kedudukan tercorot dalam semua kumpulan tidak akan dikira.

Pada pusingan 16 terakhir, JDT akan turun menentang juara dua kali iaitu Urawa Red Diamonds.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Datuk K.Rajagobal Anggap Arif Aiman Pemain Yang Luar Biasa

Buriram United Setuju Pinjamkan Supachok Sarachat Ke Kelab Jepun

Liridon Krasniqi Bakal Tinggalkan Odisha