Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) akan menjadi tuan rumah semua perlawanan peringkat kalah mati AFC Champions League (ACL) 2022 yang membabitkan 16 pasukan dari Zon Asia Timur pada 18 dan 19 Ogos ini.

Ia bermakna wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri dan terpaksa menentang Urawa Red Diamonds di tempat ‘lawan’.

Menurut kenyataan rasmi, Jepun turut menganjurkan semua perlawanan peringkat suku akhir pada 22 Ogos dan separuh akhir pada 25 Ogos.

“Saitama akan menjadi tuan rumah perlawanan pusingan 16 yang melibatkan pasukan Daegu FC menentang juara 2 kali ACL, Jeonbuk Hyundai Motors, BG Pathum United menentang Kitchee SC, Vissel Kobe menentang Yokohama F Marinos dan seterusnya melibatkan JDT menentang Urawa Red Diamonds,” kata kenyataan rasmi.

Bulan lalu, skuad Harimau Selatan mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara kumpulan I selepas mengutip 13 mata. Kemenangan JDT itu tidak mudah kerana mereka ditempatkan bersama pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan pendahulu J-League, Kawasaki Frontale.

Malah, pasukan kendalian Benjamin Mora itu turut mengejutkan peminat bola sepak Asia selepas menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus muncul sebagai kelab pertama dari Malaysia yang melangkah ke pusingan kalah mati saingan ACL.

Baca artikel lain mengenai perkembangan ACL 2022 melalui pautan dibawah.

Urawa Red Diamonds Jadikan Aksi Persahabatan Dengan PSG Sebagai Persiapan Lawan JDT

ACL 2022: Aksi Dramatik Minit Akhir Pastikan JDT Lakar Sejarah Baharu

ACL 2022: Tewas Kepada Kelab Asean, Media Korea Anggap K League Dipermalukan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group