Saingan peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) musim 2021 telah berakhir dimana kelab Thailand, BG Pathum United menjadi satu-satunya wakil Asia Tenggara di peringkat kalah mati.

BG menduduki tangga kedua dalam kumpulan F dimana mereka meraih 12 mata hasil daripada empat kemenangan dan dua kekalahan sekaligus layak ke pusingan kalah mati dimana mereka dijadualkan menentang kelab Korea, Jeonbuk Hyundai Motors.

Pencapaian ini nyata member pulangan lumayan kepada BG dimana mereka membawa pulang wang ganjaran sebanyak AS$300 Ribu atau RM1.2 Juta.

Tiga lagi kelab Thailand iaitu Chiangrai United, Port FC dan Ratchaburi turut membawa pulang wang ganjaran dimana Chiangrai mendapat AS$165 Ribu (RM692 Ribu), Port mendapat AS$120 Ribu (RM503 Ribu) dan Ratchaburi mendapat AS$20 Ribu (RM83 Ribu).

Sebagai rekod, setiap pasukan yang mencatat kemenangan akan mendapat AS$50,000 (RM209,075) di peringkat kumpulan manakala keputusan seri membolehkan mereka mendapat AS$10,000 (RM41,815).

Malah, pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik akan memperoleh AS$100,000 (RM418,150) sementara suku akhir menjanjikan hadiah yang lebih lumayan sebanyak AS$150,000 (RM619,000).

Pasukan yang mara ke separuh akhir pula akan menerima AS$250,000 (RM1.04 juta) manakala naib juara akan mendapat AS$2 juta (RM8.25 juta) dan AS$4 juta (RM16.5 juta) pula akan akan diberikan kepada juara ACL.

Ini berbeza dengan kejohanan AFC Cup, dimana hadiah wang tunai hanya akan diberikan kepada juara dan naib juara sahaja.

Juara AFC Cup akan menerima AS$1.5 juta (RM6.27 juta), manakala sebagai naib juara pula akan menerima sebanyak AS$750,000 (RM3.13 juta).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Perviz Qureshi: Tiada Jemputan Rasmi Dari FAM, Tiba Masa Untuk Perubahan

Penjaga Gol Iran, Alireza Beiranvand Sertai Kelab Portugal, Boavista

Kelayakan AFC B-23: 8 Pemain Yang Boleh Dipanggil Sertai Skuad B-20 Tahun