Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mahu meraih kemenangan pertama dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2020 apabila beraksi di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan menentang Suwon Samsung Bluewings malam ini.

Safawi berkata demikian ketika diwawancara oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dimana beliau mahu menjadikan stadium baharu JDT itu sebagai permulaan untuk pasukannya meraih kemenangan dalam saingan ACL musim ini.

ACL

Sumber Gambar: JST

“Kalau boleh, pada perlawanan ACL pertama di laman sendiri, kami mahu meraih kemenangan di stadium baharu yang sudah pasti akan dipenuhi oleh para penyokong. Sokongan mereka akan memberikan kelebihan kepada kami.

“Kami berpendapat stadium baharu ini sempurna kerana saya tidak pernah menyaksikan stadium seperti ini. Saya sudah beraksi di beberapa venu di luar negara tetapi tidak boleh menyaingi Stadium Sultan Ibrahim. Anda hanya perlu melihat bilik persalinan serta fasiliti yang ada,” kata Safawi.

Pemain berusia 23 tahun itu turut menambah beliau mahu menggunakan pengalaman beraksi menentang Andres Iniesta pada perlawanan pertama serta beraksi pada saingan musim 2019 bagi menjaringkan lebih banyak gol sekaligus membantu pasukan.

“Bagi saya, beraksi menentang Iniesta merupakan satu memori terindah. Sejak kecil, saya menjadikan beliau sebagai idola. Dari menyaksikan Iniesta beraksi di Piala Dunia, hingga kini saya mendapat peluang untuk berhadapan dengan beliau.

“Selain itu, saya turut mempunyai pengalaman yang baik daripada saingan musim lalu. Saya juga berjaya menjaringkan gol menentang Shandong Luneng. Jadi musim ini saya mahu meningkatkan lagi prestasi serta menjaringkan lebih banyak gol,” tambah Safawi.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini:

Piala Sumbangsih 2020: Mauricio Nascimento Enggan Dilabel Sebagai Wira

Matthew Davies Mahu Cipta Impak Bersama Johor Darul Ta’zim

Gol Tandukan Mauricio Bawa JDT Cipta Rekod Kejuaraan Piala Sumbangsih 3 Kali Berturut-Turut

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group