Pemain sayap lincah Vissel Kobe, Kyogo Furuhashi membantu pasukannya meraih kemenangan kedua dalam saingan peringkat kumpulan G AFC Champions League (ACL) 2020 apabila menewaskan wakil K-League, Suwong Samsung Bluewings dengan keputusan 1-0.

Vissel memburu kemenangan kedua setelah bermula dengan langkah kanan apabila membelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 5-1 pada perlawanan pertama di laman sendiri minggu lalu.

Kyogo muncul wira Vissel dimana beliau menjaringkan gol tunggal pada minit terakhir separuh masa kedua sekaligus memberi kemenangan kepada juara Emperor’s Cup J. League musim 2019 itu.

Pemain berusia 25 tahun itu bijak menyempurnakan hantaran daripada sebelah kiri pada minit ke-89 dan menghadiahkan satu-satunya jaringan kepada Vissel pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Piala Dunia Suwon.

Dengan kemenangan ke atas Suwon, Vissel Kobe kini menghuni tangga teratas kumpulan G manakala Suwon menduduki tangga kedua.

Satu lagi perlawanan yang melibatkan wakil Liga Malaysia, JDT menentang Guangzhou Evegrande ditunda akibat virus Corona.

Baca artikel lain mengenai Vissel Kobe di sini:

Jersi ‘Fullset Player Issue’ Vissel Kobe Dijual Pada Harga RM1,320 Sehelai Kejutkan Peminat Bola Sepak Malaysia

Keijiro Ogawa Mahu Bawa Vissel Kobe Jadi Jaguh Asia

TMJ Akui Vissel Kobe Berada Di Kelas Yang Tersendiri